Atas faktor diet dan kesihatan, ramai yang memilih untuk mengamalkan gaya pemakanan vegetarian dimana mereka akan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, kacang dan bijiran. Sebarang daging atau makanan laut tidak akan diambil.
Gaya pemakanan tersebut juga bantu ramai untuk tampil kurus namun ia juga sangat mencabar untuk diamalkan bagi sesetengah orang, terutamanya mereka yang sangat menggemari daging dan makanan laut. Kalau tak makan sehari boleh murung! Ia memerlukan masa untuk membiasakan diri.
Terbaru, seorang individu meluah rasa kecewa meluahkan rasa menyesal kerana terikut dengan lifestyle kawannya yang merupakan seorang vegetarian.
Berkongsi hal tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, eyenosechin, kawannya cuba memujuknya untuk mencuba gaya pemakanan tersebut dan telah menyediakan lauk sayur untuk dimakan bersama-sama.
Namun kerana tiada lauk daging atau ikan untuk melengkapi, individu tersebut berasakan diri seperti kambing kerana memakan lauk sayur sahaja bersama nasi putihnya.
@eyenosechin Dah macam kambing 😃
@eyenosechinDah macam kambing 😃♬ Equal Monsters – CENT2RY
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasakan kehidupan sebagai seorang vegeteraian sangat mencabar dan tak semua orang boleh melakukannya. Kalau tidak dapat makan daging atau ikan, sudah tentu hidup berasa sukar.
Namun, ada yang menggesanya untuk bersyukur kerana lauk sayur setiap hari juga sangat bagus dan sedap dimakan. Ada khasiatnya dan tentu tak akan bosan kalau makan setiap hari.
Walaupun agak mencabar, namun tak salah kita mencuba gaya hidup vegetarian tersebut, terutamanya jika diamalkan untuk kesihatan. Tapi janganlah pula terlalu menyeksa diri. Jika tidak mampu, tak perlu dipaksa. Hakikatnya tak semua gaya pemakanan boleh diterima oleh semua orang.
Kredit: TikTok eyenosechin
Baca Juga: Pelanggan Selalu Curi Straw Minuman Kotak, Peniaga Kedai Runcit Ini Luah Rasa Kecewa