Tindakan mencuri merupakan satu kesalahan besar yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun makin hari orang ramai seperti tidak takut dan tidak malu untuk melakukan perbuatan tersebut. Malah, benda-benda remeh dan tiada nilai pun sanggup dicuri.
Straw Minuman Kotak Pun Sanggup Curi?
Terbaru, seorang peniaga kedai runcit meluahkan rasa kecewa dan bengang dengan tindakan segelintir pelanggan yang akan mencuri straw minuman kotak yang dijual di kedainya.
Memuat naik video tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, marianarosle, peniaga itu turut meninggalkan amaran dalam bentuk memo pada peti ais minuman namun ia tidak diendahkan. Setiap minuman kotak tidak mempunyai straw kerana asyik dicuri pelanggan.
Wanita itu turut berasa hairan mengapa pelanggan sanggup mencuri straw minuman kotak. Dia turut memohon agar pelanggannya berhenti berbuat begitu.
@marianarosle Cuba korang komen sorang buat apa dengan straw tu? Kut ada yang tahu π
@marianarosleCuba korang komen sorang buat apa dengan straw tu? Kut ada yang tahu πβ¬ bunyi asal – Mariana Rosle
Menjengah di ruangan komen, warganet mempunyai beberapa sebab mengapa pelanggan berbuat begitu. Menurut mereka, ini sebab-sebanya.
Mungkin Guna Straw Itu Untuk..
Malah, ada juga yang menasihati peniaga tersebut untuk mencuba cara lain untuk menghentikan perbuatan tersebut.
Cuba Kawal Cara Ini Pula Kak..
Tak sangka ada juga yang sanggup mencuri straw minuman kotak, kan? Kalau iya pun nak, mintalah straw lain dengan peniaga. Bukannya tak bagi. Kesian pula pada pelanggan lain yang tidak mempunyai straw kerana tindakan itu.
Kredit: TikTok marianarosle