Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini

“Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini

Kategori:
Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit

Setara degan arus pemodenan, peralatan dalam bidang jahitan turut berkembang maju. Namun siapa boleh lupa pada mesin jahit klasik zaman 90-an yang kelihatan sangat lawa?

Namun, mesin jahit sebegitu sudah sukar ditemui tapi kerana ada yang menggemari rupa klasik dan vintagenya, ada yang mengguna semula mesin jahit lama yang sudah rosak sebagai hiasan.

“Habis Nasi Siap Baju Kurung!” – Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit, Orang Ramai Terhibur Lihat Lelaki Ini

Seperti yang dilihat oleh seorang lelaki rosiditalhad yang berada di sebuah restoran berasa terhibur apabila melihat gelagat lucu seorang pelanggan.

Seperti biasa, restoran itu yang terkenal dengan nasi kandar dan dekorasi moden klasik sering dikunjungi orang ramai. Pada waktu operasinya, ia dikunjungi oleh seorang pelanggan yang telah memesan sepinggan hidangan nasi kandar untuk dinikmati di situ. Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit

Berselera makan hidangan itu sambil bermain telefon, lelaki itu turut melayan meja makan di kedai itu dengan menggerakkan kaki mengayuh paddle kaki mesin jahit yang disediakan.

Melihat pelanggan tersebut bersungguh menganyuh, lelaki itu berasa terhibur melihatnya.

@rosiditalhad #foodtiktok #nasiganja #nasikandarmelayu #artfood ♬ Cahaya Cinta – Album Version – Flybaits

Di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat pelanggan itu makan sambil menganyuh, seolah sedang menjahitkan sepasang baju.

Usik beberapa pengguna, “Habis nasi tu settle baju kurung sehelai!”.

Manakala ada juga yang berasa nostalgik selepas melihat meja makan unik tersebut yang menggunakan elemen meja jahit klasik. “Roda tu la stering kereta masin kecil-kecil dahulu. Korang budak-budak muda apa tau?”, kata seorang lelaki.

Meja Makan Unik Guna Elemen Klasik, Ramai Terhibur Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit Makan Nasi Kandar Guna Meja Jahit

Wah! Kreatif juga pemilik untuk menggunakan meja makan sebegitu kan, sesiapa yang pernah memiliki mesin jahit sebegitu dahulu tentu suka bila dapat menemuinya.

Dengan meja makan sebegini juga, kita dapat mengguna semula bahagian meja jahit lama dan mengelakkan pembaziran.

Kredit: rosiditalhad

Baca Juga: Pening Teman Wanita Merajuk, Lelaki Ini Minta Barista Pujuk Tapi Tak Sangka Ini Pula Yang Ditulis

tags: | |