Otak-otak merupakan satu makanan yang sangat terkenal, terutamanya di negeri Terengganu. Diperbuat daripada kek ikan yang dicampur dengan rempah dan kemudian dibakar, ia juga boleh ditemui di mana-mana kedai makan di bandar.
Selalunya, ia dihidangkan di dalam bakul pada pelanggan dan mereka perlu membayar atas berapa keping yang diambil. Namun kerana terlalu sedap, adakalanya mereka terlalu leka makan hingga tak sedar perlu membayarnya!
Seperti mana yang telah berlaku pada seorang lelaki, piizzaa05 dan keluarganya. Peristiwa itu telah dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dikongsikan di laman TikTok.
Keluar makan bersama di sebuah restoran, peniaga itu meletakkan tiga bakul yang penuh dengan otak-otak selepas melakukan pesanan. Terliur dan ingin mengalas perut sambil menunggu makanan, mereka mengambil beberapa keping otak-otak untuk dimakan.
Tanpa sedar, dari sekeping terus tiga bakul otak-otak berjaya dihabiskan. Bila melakukan pembayaran, mereka terkejut apabila mengetahui apabila bahawa perlu membayar otak-otak yang telah dimakan.
Tambah mereka lagi, otak-otak itu disangka diberi percuma dari pihak restoran tapi rupanya perlu juga dibayar!
@pizarompin depa mai letak atas meja x order pun ingat free mkn je habis 3bakul last2 ckp kena buat🤪🤪🤪🤪🤭
@piizzaa05depa mai letak atas meja x order pun ingat free mkn je habis 3bakul last2 ckp kena buat🤪🤪🤪🤪🤭♬ Don’t Stop! (Airplay Edit) – ATB
Jadi seeloknya sebelum makan, kita memeriksa dahulu setiap menu yang diberi. Kalau tidak disenaraikan, apa salahnya jika kita bertanya pada pelayan yang ada?
Dengan cara itu kita juga tidak perlu membayar secara berlebihan. Maklum lah sekarang ini mana ada orang yang nak bagi benda secara percuma dengan begitu.
Kredit: piizzaa05
Baca Juga: Awal Bulan Tak Mampu Beli Lauk, Cara Kawan-Kawan Ini Makan Nasi Buat Ramai Simpati