Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makan Tomyam Tiba-Tiba Dapat ‘Free’ Sarung Tangan, Wanita Ini Terkilan Dengan Aspek Kebersihan Restoran

Makan Tomyam Tiba-Tiba Dapat ‘Free’ Sarung Tangan, Wanita Ini Terkilan Dengan Aspek Kebersihan Restoran

Kategori:
'free' sarung tangan

Setiap pengusaha restoran perlu memastikan restoran mereka berada dalam keadaan yang bersih dan bebas kotoran. Tambahan, makanan dan minuman yang disediakan juga perlulah berkualiti dan tidak mempunyai sebarang benda asing.

Bukan sahaja untuk menjamin kepuasan pelanggan, hal itu juga bagi memastikan keselamatan dan kepuasan mereka. Namun masih ada segelintir pihak yang cuai dan tidak memeriksa dengan teliti sebelum menghidangkan makanan dan minuman pada pelanggan sehingga ada yang tidak sedar dan terletak sesuatu dalam makanan mereka.

Makan Tomyam Tiba-Tiba Dapat ‘Free’ Sarung Tangan, Wanita Ini Terkilan Dengan Aspek Kebersihan Restoran

Baru sahaja berlaku, seorang wanita the_swan.co telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman menggelekikan yang telah menimpa ke atas dirinya.

Mengunjungi sebuah restoran masakan panas yang terkenal dengan hidangan tomyam, wanita itu memesan satu periuk kecil untuk dimakan bersama kawannya. 'free' sarung tangan

Khusyuk menikmati makanan dan minuman yang telah dipesan, tomyam tersebut terlalu enak sehingga dia hampir menghabiskannya. Namun bila sedang menghirup kuah, mereka menyedari sesuatu yang aneh mengenainya. 'free' sarung tangan

Dicari, mereka tak sangka menemui satu helai sarung tangan plastik dalam periuk tomyam tersebut. Terkilan bagaimana perkara itu boleh berlaku, wanita itu bagaimanapun hanya memilih untuk redha tapi menjadikan perkara ini sebagai pengajaran buat dirinya di masa akan datang. 'free' sarung tangan

Menurutnya, selalunya orang ramai akan menemui seekor lalat tapi lain pula yang berlaku ke atas dirinya.

https://www.tiktok.com/@the_swan.co/video/7120763484438023450

@the_swan.co Benda pun dah makan . Redha jelah 🥹 #beranda #fyp #foodie ♬ original sound – Bubih

Sesiapa akan berasa loya tekak bila terjumpa benda sebegini, kan? Lebih-lebih lagi apabila tomyam itu sudah dimakan dan hampir dihabiskan! Bagaimana pihak restoran boleh begitu leka sehingga membiarkan perkara ini berlaku?

Sebelum menghantarkan makanan dan minuman yang disediakan, mohon pada pekerja yang bertanggungjawab untuk memeriksa terlebih dahulu kerana ia akan memberi kesan yang negatif pada perniagaan anda dalam jangka masa akan datang.

Kredit: the_swan.co

Baca Juga: “Melampau Ek..” – Minta Potong Ayam Pun Kena Caj Tambahan, Bila Tanya Sebabnya, Ini Alasan Peniaga

tags: | |