Tidak dinafikan harga makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan sebagainya semakin meningkat. Selain berjimat cermat ketika membeli, terdapat pelbagai produk sejuk beku yang dikeluarkan bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Walaupun harga produk sejuk beku adalah jauh lebih murah berbanding yang segar, ada juga yang tidak menggemarinya. Ini kerana kualiti produk sejuk beku tidaklah sebagus seperti yang diharapkan.
Membeli beberapa pek udang frozen, seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Fyras telah menggunakannya dalam masakannya. Menyediakan lauk udang di dapur, wanita itu terus menghidangkannya untuk dimakan.
Namun ketika dicuba, wanita itu berasa kecewa apabila rasa udang frozen itu sangat berbeza dari yang segar. Menurutnya, rasanya sangat sama seperti plastik. Tak sama langsung, wanita itu hairan juga bagaimana perkara itu boleh terjadi.
Tambahan, dia juga ingin tahu mengapa rasa udang frozen begitu lain dan bertanya pada orang ramai menerusi video yang telah dikongsikan di laman media sosial.
https://www.tiktok.com/@fyarskitchennbakery/video/7108308095482301722?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@fyarskitchennbakery Korang tau x knp isi dia rsa lain?#fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – cintaHati❤
Meninjau di ruangan komen, segelintir individu memberikan penjelasan pada perkara tersebut. Seorang pengguna, dygrfdh, pernah berkerja di kilang yang menghasilkan produk tersebut.
Menurutnya, kilang-kilang menghasilkan udang frozen menggunakan tepung, jadi sebab itu rasa dan teksturnya agak lain dari yang segar.
Manakala aina mardia berkata bahawa kebanyakkan kilang menggunakan udang Vannamei dalam penghasilannya. Rasa yang kurang sedap berbanding jenis udang yang lain, jadi ia turut menjejaskan rasa udang frozen.
Produk sejuk beku ini bukan untuk semua. Walaupun lebih menjimatkan, tak semua orang akan suka dengan rasanya tapi ada juga yang berkualiti dan sedap untuk dimakan. Paling penting perlu tahu mencari tapi kalau anda mampu, belilah yang segar.
Kredit: Kak Fyras
Baca Juga: “Apa Kena Mengena?”- Kena Kecam Dengan Kawan Sebab Tak Makan Maggi Pedas, Nama Negeri Pula Dipetik