Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home Β» Berita Β» “Nenek Aku Pernah Kena Scam Macam Ni..” – Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar, Wanita Ini Kesal Ditipu

“Nenek Aku Pernah Kena Scam Macam Ni..” – Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar, Wanita Ini Kesal Ditipu

Kategori:
Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar

Jika ingin mengusahakan sebuah kedai makan, para peniaga perlu bijak dan tahu strategi untuk menarik pelanggan. Maklumlah dengan begitu ramai persaingan, mereka perlu sentiasa bersedia dan mempunyai satu langkah ke hadapan.

Selain menghidangkan makanan yang enak dan bersih pada harga yang berpatutan serta dekorasi selesa dan menarik, peniaga juga perlu memasarkan jualan mereka dengan gambar-gambar yang cantik dan menyelerakan untuk menarik minat pelanggan.

Namun, ada segelintir peniaga yang tergamak ‘menipu’ pelanggan dengan gambar-gambar yang cantik. Adakalanya makanan yang dipesan tidak sama langsung seperti yang dipaparkan.

“Nenek Aku Pernah Kena Scam Macam Ni..” – Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar, Wanita Ini Kesal Ditipu

Berada di luar untuk bersiar-siar, cikmus_92 berasa lapar dan mencari sebuah kedai makan untuk mengisi perutnya yang kosong. Tercari-cari, akhirnya dia menemui sebuah khemah yang menjual aneka hidangan pada harga yang berpatutan.

Sedang melihat menu, wanita itu tertarik pada gambar bihun sup yang ditayangkan pada banting khemah tersebut. Nampak meriah dengan begitu banyak lauk dan bahan hiasan, dia terus memesannya. Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar

Walaupun begitu, dia teramat kecewa apabila makanan itu tiba. “Tak kisah sangat tak sama macam dalam gambar.. tapi tengok laΒ  yang dapat tu. Sendu giler!”, luahnya. Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar

Jika dibandingkan, makanan yang tiba sangat jauh berbeza dari gambar. Yang dihantar hanyalah bihun sup kosong bersama beberapa ketulan daging, tiada sambal, bawang goreng, daun sup atau daun bawang seperti dalam gambar tersebut.

@cikmus_92 x kisah sangag gmbr x sama mcm dlm gmbr..tp tgk laaa yg dpt tu..sendu gilerrrπŸ₯ΉπŸ₯Ή #dataranmelang #kualapilah ♬ Becekin Adek Bang _ Frida Angella By. Dj Agus – 𝓒π“ͺ𝓱𝓻𝓲𝓡 𝓛𝓲𝓷𝓴𝓛𝓸𝓷𝓴_

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa sangat terkejut melihat rupa bihumn sup tersebut. “Pastu satu mangkuk tu RM10.”, tambah pengguna aresya.shaa.

“Bihun sup Dark Web. Dalam gambar kuning, sampai-sampai putih!”, usik NurShazwani.

Rupa Tak Sama, Netizen Turut Terkejut Makanan Di Kedai Jauh Beza Dari Gambar

Sebagai pelanggan, sudah tentu kita berasa kecewa apabila rupa makanan yang dipesan tidak sama sedikit pun seperti yang ditayangkan. Remuk rasa hati dan selera terus ke laut apabila melihatnya.

Peniaga pula perlulah lebih teliti dan menjaga kualiti makanan. Jika tak mampu memberi sama seperti gambar, seeloknya jangan menayangkan gambar sebegitu kerana boleh membuat pelanggan berharap.

Kredit: cikmus_92

Baca Juga: β€œTepi Jalan Ke Tepi Syurga?”- Baru Saja Nak Complain Pasal Nasi Lemak, Lelaki Ini Terus Tak Jadi Bila Lihat..

 

tags: | | |