Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anda Ada Masalah Gastrik? Ini 9 Makanan Yang Perlu Diamalkan Supaya Kekal Sihat

Anda Ada Masalah Gastrik? Ini 9 Makanan Yang Perlu Diamalkan Supaya Kekal Sihat

Kategori: ,
Masalah gastrik

Gastrik merupakan masalah kesihatan di mana akan berlaku keradangan pada dinding perut. Ramai di antara kita yang menderita darinya. Antara penyebab gastrik adalah pengambilan ubat seperti nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan corticosteroids, jangkitan bakteria seperti helicobacter pylori, pengambilan alkohol yang berlebihan dan banyak lagi.

Selain bertemu dengan doktor untuk merawatinya, pengambilan makanan yang tepat juga mampu mengatasi masalah gastrik. Di sini kami ingin berkongsi 9 jenis makanan yang perlu diamalkan untuk mengatasinya.

Anda Ada Masalah Gastrik? Ini 9 Makanan Yang Perlu Diamalkan Supaya Kekal Sihat

1. Sayuran Masalah gastrik

Pengambilan sayuran-sayuran dalam diet harian sangatlah digalakkan kerana ia mempunyai banyak vitamin dan nutrein yang diperlukan pada badan. Malah, sayur-sayuran juga merupakan makanan yang rendah lemak dan gula dan boleh membantu mengurangkan asid perut, tinggi manfaat untuk sistem pencernaan.

Antara sayur-sayuran yang sangat baik adalah:

  • Kacang hijau
  • Brokoli
  • Asparagus
  • Bunga kubis
  • Sayuran berdaun hijau
  • Kentang
  • Timun

Brokoli yang merupakan sumber seat yang baik turut mengandungi sulforaphane yang tinggi, sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.

Namun jus buah tidak disyorkan kerana ia mempunyai kandungan gula dan asid tinggi tapi tidak mempunyai serat. Tapi jika jus dan smoothie sayuran sangat digalakkan.

2. Halia Masalah gastrik

Kita semua sudah tahu bahawa halia digunakan semenjak dahulu lagi kerana ia mempunyai banyak manfaat. Bersifat antiradang semula jadi, ia juga menjadi rawatan semula jadi bagi masalah pedih ulu hati dan masalah gastrousus lain.

Cara paling mudah untuk mengamalkannya dalam diet harian anda adalah dengan menambahkan beberapa hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia jika anda menghadapi gastrik.

3. Oat Masalah gastrik

Jika anda biasa menikmati sepinggan nasi untuk sarapan pagi, gantikan dengan semangkuk oats. Ia tinggi dengan serat dan dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah.

4. Buah-buahan bukan sitrus  Masalah gastrik

Buah-buahan bersitrus seperti limau, lemon, kiwi, oren dan sebagainya sangat tidak baik bagi penghidap gastrik.

Sebaliknya, gantikannya dengan tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang risiko untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.

5. Daging tanpa lemak dan makanan laut Masalah gastrik

Protein sangat penting bagi tumbuh badan. Tapi bagi pesakit gastrik, seeloknya anda memilih daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain memandangkan ia lebih rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks.

Lemak daripada produk haiwan kecuali ikan dengan omega-3 hanya akan memudaratkan gastrik anda.

6. Putih Telur Masalah gastrik

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan, kuning telur selalunya dihindari kerana ia lebih tinggi lemak. Pesakit gastrik juga elak mengambilnya kerana ia boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.

Jika suka makan telur, seeloknya anda mengambil telur putih sahaja yang jauh lebih sihat.

7. Lemak Sihat Masalah gastrik

Sebut sahaja pasal lemak makanan, ramai yang berasa takut tapi tahukah anda terdapat lemak sihat yang sangat disarankan oleh pakar kesihatan?

Antaranya adalah avokado, kacang walnut, biji rami, minyak zaitun, minyak bijan dan sebagainya. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans dan gantikan dengan lemak sihat ini.

Makanan yang tinggi dengan lemak sihat dan asid Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.

Selain itu, lemak sihat juga mampu mencengah gastrik yang berpunca dari H.pylori serta gangguan gastrik lain.

8. Makanan dan minuman probiotik Masalah gastrik

Makanan yang tinggi dengan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi sangatlah disarankan bagi penghidap sakit gastrik. Bakteria baik yang ada pada probiotik mampu melawan bakteria H.pylori sambil membaiki sistem imunisasi badan.

Makanan dan minuman probiotik juga dapat membantu meningkatkan kemampuan usus untuk menyerap nutrein yang diperlukan untuk proses pemulihan.

9. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid Masalah gastrik

Flavonoid yang mempunyai sifat antibakteria mampu mencegah pertambahan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.

Antara makanan yang kaya dengan flavonoid adalah bawang putih, bawang, kranberi dan saderi. Ia merupakan sumber flavonoid yang baik. Selain itu, makanan yang bersifat antibakteria pula adalah madu, halia dan kunyit jadi elok untuk diamalkan selalu.

Cara Lain Untuk Elakkan Masalah Gastrik

Selain mengambil makanan ini dalam diet harian anda, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan kerana ia boleh memburukkan lagi masalah gastrik anda. Antaranya:

  • Makanan diproses
  • Gluten
  • Makanan berasid
  • Makanan bergula
  • Makanan pedas

Sambil itu, elakkan tekanan yang berlebihan dan belajar teknik pernafasan mendalam, urutan, meditasi serta yoga sebagai cara pengurusan stress.

Nota: Jika masalah gastrik anda semakin teruk, pastikan anda bertemu dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan selanjutnya.

Baca Juga: Semua Perlu Tahu! Tips Dan Penerangan Pemanjangan Jangka Hayat Produk Serta Beza Tarikh Luput!

 

tags: | |