Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Pasal-Pasal Kena Tanggung Malu Gara-Gara ‘Terpukau’ Dengan Design Kedai Makan

Tak Pasal-Pasal Kena Tanggung Malu Gara-Gara ‘Terpukau’ Dengan Design Kedai Makan

Kategori:
design kedai makan

Dekorasi sesebuah kedai makan memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan. Kalau makanan sedap tapi kedai kelihatan suram, sudah tentu pelanggan pun berasa ragu-ragu untuk kunjungi.

Kedai makan yang mempunyai suasana yang selesa dan ceria juga mampu ‘memukau’ pelanggan. Tanpa disengaja, akhir sekali mendapat malu kerana terlalu leka tengok kedai yang cantik sehingga boleh pula tersalah langkah.

Malukan Diri Sebab Terpukau Dengan Design Kedai Makan

Terbaru, seorang pengguna laman TikTok, mizanejan_, memuat naik sebuah video dan perkongsi pengalaman lucu dan memalukan yang terjadi pada dua orang kawannya di sebuah kedai makan. design kedai makan

Mengunjungi kedai itu bersama mereka, lelaki itu sempat lagi merakam gelagat dua kawannya yang dengan selamba sahaja membuka selipar sebelum memasuki kedai makan tersebut. Meninggalkan selipar mereka di hadapan pintu dan melangkah ke dalam, pekerja disana bagaimanapun memaklumkan kepada mereka untuk memakai selipar mereka. design kedai makan

Oleh kerana terpegun dengan design kedai makan itu, mereka menyangka bahawa mereka perlu membuka selipar sebelum memasukinya. Namun akhirnya malu pula yang perlu ditanggung dan mereka hanya mampu menggelakkan hal itu.

@mizanejan_ Aduh 😩 @keaywonz ♬ suara asli – Edhoo – Edho ✅

Menjengah di ruangan komen, warganet turut terhibur dengan gelagat kawan-kawan lelaki itu. Malah, ada juga yang berasakan bahawa mereka memiliki adab yang bagus kerana membuka selipar sebelum memasuki bangunan tersebut. Beradab lain macam!

Bagus Betul, Sopan Lain Macam! design kedai makan design kedai makan

Ada kalanya kita juga akan terpegun dengan design kedai makan yang terlalu cantik dan menarik. Namun janganlah pula hingga memalukan diri sendiri, tak pasal-pasal kena gelak dengan pekerja-pekerja di sana.

Kredit: TikTok mizanejan_

Baca Juga: “Aku Jadi Insaf..”, Jual Kuih Bahulu Tapi Untung 20 Sen Sahaja, Wanita Ini Berasa Sebak Tengok Keadaan Peniaga

tags: | |