Tak semua orang mempunyai bakat dalam memasak. Perlu dipupuk dari awal, ia merupakan satu kemahiran yang sangat berguna. Bagi mereka yang baru sahaja ingin bermula, boleh belajar dahulu. Cara paling mudah adalah dengan mengikuti arahan dan langkah-langkah yang telah disediakan pada sesuatu resepi.
Namun, ada juga diantara kita yang degil dan tidak sabar. Tak mahu mengikuti resepi, akhir sekali masakan terus tak jadi. Hanya mampu menyesali, lain kali sebelum memasak, pastikan membaca setiap arahan pada paket dengan teliti untuk mengelakkan tersalah langkah.
Di laman Facebook, seorang pengguna, Lana Rivera Chen, memuat naik beberapa keping gambar dan berkongsi hasil masak chapati tak jadi olehnya baru-baru ini.
Membeli chapati segera yang sedia untuk dimasak, wanita itu teruja untuk mencuba tapi kecewa apabila chapati itu didapati tidak menjadi dan terkoyak. Mungkin kerana tersalah teknik, dia berasa hairan bagaimana perkara itu boleh terjadi.
Chapati ke laut.. Salah teknik ke mcm mana.. Keluar Dr peti sejuk, terus goreng pun xjadi juga..
Menurut pemerhatian warganet, rupanya wanita itu telah tersalah teknik apabila menyediakan chapati tersebut. Mereka turut memberi beberapa nasihat dan cadangan yang boleh dicuba oleh wanita itu nanti.
Sedihnya bila sudah memasang niat untuk memasak tapi akhirnya perkara sebegini sudah terjadi. Walau apapun, rupa tidak penting. Yang penting ia masih sedap dan boleh lagi dimakan.
Jika mahukan segalanya sempurna dan menjadi, pastikan anda mengikuti setiap arahan yang telah disediakan untuk mengelakkan masakan anda tidak menjadi.
Kredit: Lana Rivera Chen via MATJHN OFFICIAL