Char Kuey Teow merupakan sajian yang amat dikenali di Malaysia. Mudah didapati dan dijual di pelbagai gerai dan restoran, makanan ini sudah lama menjadi kegemaran ramai.
Bukan hidangan yang biasa, Char Kuey Teow mempunyai beribu makna bagi segelintir individu. Ada yang menyediakannya untuk mencari rezeki, ada juga yang telah mencipta pelbagai kenangan indah dengan hidangan tersebut.
Di laman TikTok, seorang pengguna, haidahri_, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat pasangan pengantin yang sedang menyediakan char kuey teow di tepi jalan.
Seperti sudah mahir, pengantin lelaki itu sedang memasak char kuey teow sambil diperhatikan oleh orang ramai dan pengantin perempuan. Menurut haidahri_, pengantin tersebut merupakan abangnya yang pernah meniaga char kuey teow dahulu.
Berminat dengan salah seorang pelanggan yang sering mengunjungi ke gerainya, dia mencuba nasib dan cuba berkenalan dengannya. Namun, kerjaya wanita itu sebagai seorang doktor menyebabkannya berasa segan.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa wanita itu turut memendam perasaan terhadapnya. Cinta dipupuk, akhir sekali mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dan selamat berkahwin.
@haidahrl_ Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor 😂
@haidahrl_Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor 😂♬ Dondang Dendang – Noraniza Idris
Menarik, warganet turut ingin mencuba nasib dan berniat untuk meniaga char kuey teow. Masak char kuey teow terus dapat bertemu jodoh. Siapa sahaja tak nak.
Comelnya kisah mereka, kan? Siapa sangka meniaga char kuey teow terus dapat bertemu jodoh dengan seorang doktor. Kalau sudah ditakdirkan memang tak ke mana. Kisah pertemuan pasangan ini pasti akan menjadi memori indah yang akan dikongsikan pada anak-anak mereka di masa akan datang.
Kredit: TikTok haidahri_