Lauk sardin menjadi kegemaran ramai, terutamanya bila di hujung bulan dan tiada banyak bahan di dalam peti ais.
Mudah dan ringkas, tak perlu tambah apa-apa pun tetap sedap. Namun, hati-hati dan pilihlah sardin yang betul kerana anda akan terkejut dengan apa yang ditemui di dalam tin.
Peristiwa malang itu pernah terjadi dan telah dikongsikan oleh seorang wanita, zsueehailalie menerusi sebuah video di laman TikTok.
Teringin untuk menikmati lauk sardin di musim hujan yang lebat, wanita itu ke dapur dan membuka satu tin untuk dipanaskan di atas dapur.
Menuangkan semua isi tin itu dalam periuk, wanita itu hairan apabila tiada isi ikan yang keluar. Puas dicari, dia rupanya tersedar perkara itu dari kesalahan diri sendiri.
Barangkali tidak sedar dan tertukar, wanita itu telah tersalah dan mengambil Puri Tomato. Kesal dengan kesalahannya, dia hanya mampu mengeluh dan berharap orang lain tidak membuat kesilapan yang sama seperti dirinya.
@sueeajeee tiada ikannya oh rupanya 🤣 pure tomato salah beli lagi hahahahaahahaha
@zsueehailalietiada ikannya oh rupanya 🤣 pure tomato salah beli lagi hahahahaahahaha♬ original sound – SzshzxShzxbebe – Stwbryy.sue
Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai tidak menggalakkannya untuk membazir, sebaliknya mencadangkan untuknya memasak lauk lain seperti spaghetti atau nasi tomato dengan puri tomato yang telah dituang.
Memang sesiapa pun akan tertekan bila alami situasi begini. Dah lah baru sahaja teruja nak masak, akhirnya baru tersedar dah tersalah beli. Kan tak pasal-pasal perlu fikirkan menu baru untuk dimasak!
Nak marah siapa pun tak tahu sebab salah pun datang dari diri sendiri. Oleh itu, hati-hati semasa membelinya, takut nanti kejadian sama menimpa anda.
Kredit: zsueehailalie
Baca Juga: “Kau Kentut Ke?” – Pertama Kali Cium Bau Durian, Ramai Terhibur Lihat Reaksi Lelaki Jepun Ini