Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isteri Penat Masak Nasi Dagang Selama 3 Jam, Tapi Ini Pula Respon ‘Panas’ Suaminya..

Isteri Penat Masak Nasi Dagang Selama 3 Jam, Tapi Ini Pula Respon ‘Panas’ Suaminya..

Kategori:
MASAK-NASI-DAGANG-K

Sebagai seorang isteri, pasti kita akan cuba sedaya upaya untuk mengembirakan hati suami di rumah. Walaupun sibuk dengan kerja sepangjang hari, si isteri pasti sahaja akan beria untuk ke dapur bagi memasak pelbagai hidangan untuk suami yang lapar.

Tanpa mengira penat, si suami sentiasa menjadi keutamaan. Malah, ada sesetengah wanita yang sanggup menghabiskan masa di dapur semata-mata untuk menyediakan hidangan yang enak untuk suami. Namun begitu, ada kalanya masakan tidak kena dengan selera suami. Boleh ‘panas’ bila dengar responnya.

Masak Nasi Dagang 3 Jam Untuk Suami Tapi..

Di laman TikTok, seorang pengguna, einasyahirah, memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa tidak puas hati mendengar respon suaminya setelah meluangkan waktu di dapur untuk masak nasi dagang buatnya.

Menghabiskan 3 jam di dapur, wanita itu beria tapi berubah ‘panas’ bila suaminya menyuruh untuk tidak lagi membeli nasi dagang yang telah dimakan olehnya. Tanpa disedari, rupanya nasi dagang itu adalah yang telah dimasak olehnya. Panas betul, kan?

@einasyahirahAda org mcm nak tido luar lagi je ni 🤣🤣 Follow IG @einaamz..#fyp ##einasyahirah ##bodygoalmalaysia ##bodygoalhq ##curvycatlingerie ##k#akaklingerie♬ dobby going crazy – lol

Habis La Suami

Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terhibur dan risaukan nasib suaminya setelah itu. Isteri penat masak boleh dikata begitu, kemungkinan akan tidur di luar malam itu. MASAK-NASI-DAGANG-K

Para isteri sahaja yang memahami perasaan itu. Penat seharian di dapur tapi tidak dihargai. Tak patut berlaku! Mujur rajin nak masak, kalau tak lapar lah si suami.

Nasihat untuk si suami, lain kali sebelum makan, tanya dulu si isteri jika ianya dimasak olehnya atau dibeli dahulu. Perkara itu boleh menyelamatkan anda dari dibebel kemudian.

Kredit: TikTok einasyahirah

Baca Juga: Isteri Tak Pandai Masak, Goreng Ayam Sampai Hangit Tapi Suami Okay Je Kunyah

tags: |