Nasi sudah menjadi makanan ruji bagi semua rakyat Malaysia. Pergi sahaja ke mana-mana, ia boleh sahaja didapatkan, jadi memang ramai di antara kita yang tahu untuk menyediakannya.
Sekarang ini pun ada pelbagai jenis rice cooker canggih di pasaran, jadi memang jarang nasi yang dimasak menjadi lembik dan melekit. Tapi sukatan air turut memainkan peranan dan tak ramai juga yang menggunakan air yang lebih. Akhirnya nasi yang dimasak menjadi lembik dan tak sesuai dimakan.
Tapi jangan pula dibuang nasi itu, sebaiknya kita cuba cari cara untuk mengeringkannya. Di sini kami berkongsi caranya oleh zettyadnan1 yang menggunakan hanya satu bahan sahaja!
Wanita itu yang berniat mahu menyediakan seperiuk nasi tomato untuk dimakan kesal bila melihatnya lembik kerana menggunakan terlalu banyak air.
Dari dibuang, dia berkongsi satu bahan yang boleh diletakkan bagi menyerap lembapan dari nasi yang semua orang boleh cuba.
Tonton video di bawah untuk info yang lebih lanjut.
https://www.tiktok.com/@zettyadnan1/video/7142754193638477062
@zettyadnan1 Say 🙅🏻♀️ to buang nasi lembik, siapa pernah buat cepat mengaku 😛 #tipsmasak #tipsmasaknasi #masakdirumah #tipsdapur ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA
Bagi anda yang menghadapi masalah yang sama, boleh lah cuba tips ini. Mana lah tau ia berhasil, kan? Tak rugi pun.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: zettyadnan1