Selalunya kita dengar orang masak tempoyak menggunakan ikan patin sahaja. Hari ini saya nak bawa kelainan sikit dengan menggunakan ikan kembung sebagai menu utama dalam memasak tempoyak ini. Rasanya tetap sama cuma jenis ikan yang digunakan adalah berbeza. Jom ikuti saya dalam penyediaan masakan tempoyak ikan kembung ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-5 ekor Ikan kembung
5-7 biji cili api
2-3 biji cili masak
1-2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1-2 batang serai
2 cawan air
Daun kesum
Serbuk kunyit
Cara membuat tempoyak ikan kembung:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih
Sementara itu blend juga tempoyak dan cili
Panaskan kuali dan tumis bahan tumbukan tadi
Masukkan serai dan daun kesum, kacau sehingaa naik bau
Masukkan air secukupnya dan masukkan bahan yang di blend tadi
Biarkan sehingga mendidih
Setelah itu, masukkan ikan kembung yang telah disiang kedalam periuk tadi
Masukkan garam secukup rasa
Sedia untuk dihidang
Selamat mencuba. Tonton video di bawah untuk cara-cara penyedian yang lebih lanjut: