McDonald’s merupakan antara restoran makanan segera yang dikenali di taraf antarabangsa. Bahkan di Malaysia ia sudah memiliki beberapa buah cawangan yang beroperasi dengan jayanya.
Selain menghidangkan pelbagai menu makanan segera yang menarik dan enak dengan harga yang berpatutan, pihak McDonald’s juga tidak terlepas untuk melibatkan diri dalam membantu masyarakat.
Antara inisiatif pihak McDonald’s untuk menghulurkan bantuan pada komuniti adalah dengan menyediakan tabung di kaunter pembayaran supaya mengajak pelanggan untuk bersedekah sambil membeli. Selain itu, program bersama anak yatim turut diadakan bagi meraikan mereka.
Kali ini pula, pihak McDonald’s Malaysia telah memuat naik sebuah pengumuman di laman Instagram rasmi mereka untuk mengumumkan kempen derma darah yang akan berlangsung pada 29 Ogos sehingga 16 September 2022.
Ingin membantu masyarakat Malaysia, mereka mengajak semua untuk tampil bersatu walaupun wujud pelbagai perbezaan dari segi agama, warna kulit, budaya dan sebagainya. Jika bersatu teguh dan mengetepikan semua perbezaan tersebut, sudah tentu dapat mencapai segalanya.
Oleh itu, pedulikan segala perbezaan yang ada di antara kita dan sertai kempen derma darah yang dianjurkan McDonald’s Malaysia ini! Bagi anda yang ingin melibatkan diri, lakukan pendaftaran di laman rasmi McDonald’s dan hadir di lokasi yang telah disenaraikan.
Kempen ini juga akan berlangsung di pelbagai cawangan di seluruh Malaysia untuk memastikan semua rakyat Malaysia tidak terlepas untuk tampil bersatu dan menderma bersama. Setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya.
Tunggu apa lagi keluarga Malaysia? Ayuh kita melibatkan diri dalam kempen yang telah dianjurkan pihak McDonald’s Malaysia ini. Tak rugi jika kita berbuat begitu. Ini antara caranya kita mampu membantu komuniti kita sendiri.
Semoga pihak McDonald’s Malaysia dapat meneruskan usaha untuk membantu masyarakat dan mengajak orang ramai untuk turut terlibat dalam usaha tersebut.
Kredit: McDonald’s Malaysia
Baca Juga: “Ingat Kami Bela Saka?” – Pergi Makan Nasi Kerabu Ayam Bakar, Lelaki Ini ‘Tak Puas Hati’ Gara-Gara..