Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » McDonald’s Malaysia Anjur Majlis Pembayaran Zakat Korporat, Anak-Anak Yatim Turut Dirai

McDonald’s Malaysia Anjur Majlis Pembayaran Zakat Korporat, Anak-Anak Yatim Turut Dirai

Kategori:
MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT

McDonald’s merupakan antara jenama makanan segera terbesar di seluruh dunia. Ia memiliki pelbagai cawangan di pelbagai negara, malah di Malaysia, restoran itu juga sangat digemari ramai.

Setiap tahun juga, McDonald’s Malaysia tidak pernah gagal dari menunaikan kewajipannya pada bulan puasa. Telah memberi ribuan ringgit untuk membayar zakat, tahun ini McDonald’s Malaysia sekali lagi berjaya menjalankan tanggungjawabnya.

McDonald’s Malaysia Anjur Majlis Pembayaran Zakat Korporat, Anak-Anak Yatim Turut Dirai

Baru-baru ini, McDonald’s Malaysia dengan berbesar hatinya menganjurkan Majlis Pembayaran Zakat Korporat dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim Pahang.

Dengan pemberian wang zakat perniagaan sebanyak RM180,000, sumbangan tersebut dapat membantu komuniti yang amat memerlukannya. Tambahan pula, Pahang merupakan negeri kelima yang telah menerima zakat dari McDonald’s tahun ini. MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT

Ketika majlis tersebut, pihak McDonald’s juga tidak lupa untuk meraikan anak-anak yatim yang telah dijemput ke majlis tersebut. Ketika berlangsungnya majlis, mereka turut menerima sumbangan duit raya dari McDonald’s. Hal itu jelas membuat anak-anak yatim tersebut berasa gembira. MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT  MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORATMAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT

Akhir sekali, majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan sumbangan wang zakat serta duit raya buat anak-anak yatim. Tambahan mereka turut membawa pulang beberapa sagu hati yang telah diberikan oleh pihak McDonald’s. MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT KORPORAT

Sumbangan dari korporat besar seperti McDonald’s juga dapat sedikit sebanyak membantu kelangsungan hidup pihak yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf.

Semoga pihak McDonald’s Malaysia dapat teruskan sumbangan dan tanggungjawab mereka pada seluruh komuniti. Tindakan pihak McDonald’s Malaysia ini menjadi contoh yang baik bagi korporat di luar sana untuk turut menunaikan kewajipan di bulan yang mulia ini.

Kredit: McDonald’s Malaysia

Baca Juga: Siap Bentang Tikar Dan Pacak Khemah, Netizen Puji Jiran Satu Lorong Sepakat Iftar Bersama

 

 

tags: | | |