Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » McD Lapor Polis, Dakwa Pelanggan Buat Cerita Tak Tepat Tentang Caj Sos Cili, Ini Ceritanya..

McD Lapor Polis, Dakwa Pelanggan Buat Cerita Tak Tepat Tentang Caj Sos Cili, Ini Ceritanya..

Kategori:
McD lapor polis

McDonald’s Malaysia membuat laporan polis berikutan pertikaian dengan seorang pelanggan mengenai sos cili yang dibekalkan bersama hidangannya.

Ia mendakwa pelanggan berkenaan menjadi “sangat marah” dan “agresif secara lisan” terhadap kakitangannya yang secara tidak sengaja memberikan paket sos cili yang tidak mencukupi.

McD Lapor Polis, Dakwa Pelanggan Buat Cerita Tak Tepat Tentang Caj Sos Cili, Ini Ceritanya..

Ia juga menyuarakan kekecewaan terhadap pelanggan itu kerana didakwa menyiarkan cerita tidak tepat mengenai kejadian 22 Sept yang berlaku di cawangan pandu lalu Taman Buaya di Melaka.

“McDonald’s Malaysia amat kecewa dengan tindakan pelanggan itu, yang bukan sahaja mempamerkan keagresifan terhadap kakitangan kami tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu di media sosial.

“Kami telah melaporkan kejadian ini kepada polis untuk memastikan keselamatan kakitangan kami memandangkan tingkah laku agresif pelanggan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan McD lapor polis.McD lapor polis

Syarikat itu mengulas kiriman Facebook yang diterbitkan pada 23 Sept, di mana seorang netizen menyiarkan gambar yang menunjukkan 10 paket sos cili McDonald’s dan resit RM10.60 untuk pembelian itu.

“Hidup makin keras! Nak minta sos lebih di McD pun kena cas dah… Done 10 peket sos cili RM10.60… Tahniah McDonald’s Ayer Keroh kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulis netizen itu dalam satu catatan yang telah tular dan dipetik oleh beberapa saluran berita.

Siar Gambar Resit Dicaj Minta Sos Cili Paket & Pusing CeritaMcD lapor polis McD lapor polis

McDonald’s berkata ia telah melancarkan siasatan dalaman yang termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut syarikat itu, pelanggan itu pada mulanya dibekalkan dengan jumlah sos cili yang tidak mencukupi, dan kakitangannya segera menyediakan paket tambahan apabila diminta oleh pelanggan itu.

“Bagaimanapun, pada ketika itu, pelanggan itu menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami.

“Pelanggan itu berkeras untuk membayar tambahan 10 paket sos cili dan menggesa kakitangan kami mengeluarkan resit untuk pembelian itu.

“Walaupun kakitangan kami cuba menjelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan itu dengan marah berkeras untuk dikenakan bayaran untuk 10 paket itu,” katanya.

Ia memberi jaminan bahawa ia menawarkan sos cili kepada semua pelanggannya tanpa kos tambahan.

McD Beri Sos Cili Lebih Tanpa Kos TambahanMcD lapor polis

Jadi, berhatil-hatilah dalam membuat sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sumber: Malaysiakini

Baca juga: “Harga Roti Putih Tak Naik..”, 30 Produk Gardenia Lain Naik Antara 10 & 40 Sen Mulai 1 Oktober Ini

tags: | |