Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Mee Celup Thai Yang Sedap, Setanding Dengan Yang Dijual Di Kedai Makan!

Ini Cara Buat Mee Celup Thai Yang Sedap, Setanding Dengan Yang Dijual Di Kedai Makan!

Kategori: ,
mee celup thai

Mee Celup antara masakan yang mudah dan sangat puas hati untuk dinikmati. Semangkuk pun tak pernah cukup! Walaupun kelihatan agar sukar dan memerlukan masa, sebenarnya nak buat mee celup dengan sendiri mudah sahaja sebenarnya. Kalau anda minat dengan masakan Thai, boleh lah cuba mee celup thai yang pastinya lebih menyelerakan.

Nak tahu cara untuk buat mee celup thai dengan sendiri? Boleh lah ikuti resepi yang dikongsikan oleh Syamsul Musa di group Masak Masakan Apa Hari Ni. Nampak sungguh sedap! Jom baca perkongsian penuh olehnya.

Resepi Mee Celup Thai

Bahan-Bahan

  • 1 labu bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 akar ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Halia (diketuk)
  • Tulang daging 2kg
  • 1 keping gula melaka
  • Kicap cair
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (ikut suka jika nak letak)
  • Gula putih
  • Gula melaka
  • Sup bunjut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya (saya letak hampir 3 liter)
  • Ayam (direbus dan diracik)
  • Meatball
  • Mee, maggi atau bihun (dicelur)
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kangkung (dicelur)
  • Kacang tanah
  • Chili flakes
  • Cili sambal (cili padi merah + cuka + garam + gula diblend)

Cara-Cara Penyediaan

  1. Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk  tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
  3. Masukkan tulang daging, air, sup bunjut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan. Kalau guna pressured cooker, HP (High Pressure) selama 45 minit. Tapi kalau masak guna dapur biasa, bila air mendidih baru masukkan perisa-perisa serta kicap.
  4. Rebus ayam dan carik-carikkan halus.
  5. Celur mee, bihun atau maggi. Celurkan juga kangkung.
  6. Sediakan semua bahan-bahan. Sedia untuk dihidangkan dan makan.

MEE CELUP THAI

MEE CELUP THAI

MEE CELUP THAI

MEE CELUP THAI

Memang terliur lah tengok gambar mee celup thai ini. Bahan-bahan pun mudah sangat didapati. Kalau buat satu periuk ini memang confirm habis dalam masa sehari sebab terlajak sedap.

Selamat mencuba.

Kredit: Syamsul Musa via MMAHN

Baca Juga: Wanita Vietnam Ini Kongsi Cara Buat Pho Bo Yang Sedap, Dah Tak Payah Pergi Restaurant Vietnam

tags: |