Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mengadu Pasal Kerenah Pelanggan, Ramai Nasihat Rider Itu Supaya Lebih Bersyukur

Mengadu Pasal Kerenah Pelanggan, Ramai Nasihat Rider Itu Supaya Lebih Bersyukur

Kategori:
kerenah pelanggan

Perkhidmatan penghantaran makanan sangat berguna bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan atau malas memasak dan keluar membeli. Malah, terdapat pelbagai aplikasi penghantaran makanan yang telah diperkenalkan seperti Foodpanda, GrabFood, Bungkusit dan banyak lagi.

Hal itu juga memberi peluang bagi orang ramai untuk mencari rezeki sampingan dengan bekerja sebagai seorang rider. Tapi kerjaya itu tidak semudah seperti yang disangka. Selain perlu menghadapi risiko yang tinggi kerana sentiasa berada di jalan raya, para rider juga perlu menghadapi pelbagai kerenah pelanggan yang tidak kesudahan.

“Amat Dashyat..”, Rider Mengadu Pasal Kerenah Pelanggan Sebab..

Sedang bertugas, seorang rider GrabFood tiba-tiba sahaja menerima pesanan dari seorang pelanggan. Seperti biasa, restoran itu akan menyiapkan pesanan tersebut sebelum diambil olehnya untuk dihantar kepada pelanggan.

Dibungkus makanan itu dan diletakkan di dalam beg, lelaki itu memeriksa alamat pelanggan untuk menghantarkan pesanannya. Namun bila dilihat, lelaki itu berasa hairan apabila mendapati alamatnya berdekatan sahaja. kerenah pelanggan kerenah pelanggan

Setelah diperiksa, rupanya lokasi pelanggan tersebut hanya disebelah kedai makan tersebut. Mengeluh dengan kerenah pelanggan itu, rider itu juga hairan mengapa pelanggan tersebut begitu malas untuk turun ke bawah dan membeli sendiri makanannya.

Mungkin rasa bersalah dengan rider tersebut, pelanggannya juga memberi wang tunai RM14 bagi menghadapi jalan raya yang agak sesak ketika ini. kerenah pelanggan

https://www.tiktok.com/@haiqalnazhar_/video/7088944166566169882?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@haiqalnazhar_ Amat amat dashyat #fyp #xyzbc #grabfood ♬ original sound – Kazuya

Namun bila menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bahawa rider itu tidak seharusnya mengeluh sebegitu kerana pelanggan itu telah memberinya rezeki. Sebaliknya, mereka memohon agar dia lebih bersyukur.

“Dia Nak Kongsi Rezeki..” kerenah pelanggan

Mungkin niat rider itu berkongsi video tersebut bukanlah untuk memalukan pelanggan tersebut tapi hanya sekadar guruan. Jadi janganlah kita cepat bersangka buruk dan berpendapat bahawa dia mempunyai niat untuk menjatuhkannya.

Kredit: haiwalnazhar_

Baca Juga: “Tak Panggil Polis?” , Kes ‘Amuk’ Di Kedai Makan, Gelagat Lelaki Ini Buat Ramai Risau

 

 

 

tags: | | |