Pejam celik, Ramadan kembali lagi pada tahun ini. Setiap kali Ramadan, pasti akan keliru untuk memasak menu sahur dan berbuka.
Maklumlah, terlalu banyak yang menu yang berligar-ligar dalam kepala. Apa yang penting, menu untuk sahur adalah menu yang cepat dan mudah untuk dibuat kerana masa yang singkat.
Apa kata untuk hari pertama sahur, jom buat menu telur pecah sambal 3 rasa ini. Bukan sahaja cepat dan mudah, menu ini cuba dijamin mampu membuatkan anda bertambah nasi! Selamat mencuba.
Resipi Telur Pecah Sambal 3 Rasa
Bahan-bahan:
-
1 biji bawang besar – hiris halus
-
2 ulas bawang putih – hiris halus
-
3 biji telur ayam
-
3 sudu cili kering
-
1 sudu besar sos tiram
-
1 sudu besar sos cili
-
1 sudu besar sos tomato
-
1 cawan air
-
Sedikit daun bawang jika ada
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
- Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, tomato dan cili. Kacau rata.
- Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barula masakan jadi sedap.
- Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
- Kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
- Bila kuah dah okay, pecahkan telur.
- Taburkan daun sup. Jangan kacau supaya telur tidak hancur.
- Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Kredit: Liza Idris