Susah sekarang nak jumpa mesin kelapa di rumah kerana biasanya orang-orang akan beli sahaja di kedai. Bukan apa, susah untuk ‘control’ mesin tersebut kerana takut pula mesin sekali dengan kerak kelapa. Bila dah jadi begitu, satu kerja pula nak asingkan parut kelapa dan kerak.
Seperti POV lelaki ini tunjukkan apabila emaknya meminta tolong beliau untuk mesin kelapa untuk ambil parut kelapa tapi lain pula jadinya.
POV ini dikongsikan oleh s3ojoon di laman media sosialnya dan selalu masukkan video-video POV yang kelakar kepada pengikut beliau. Kisah kali ini pula, beliau menunjukkan cara beliau menolong emaknya mesin kelapa untuk gulai.
Namun, apa yang lagi kelakar adalah beliau terus menolong tetapi beliau mesin sekali dengan kerak kelapa.
Ketika beliau baru sahaja ingin mulakan mesin kelapa, beliau mencuba sedikit kelapa itu dan terus makan banyak-banyak seperti makan nasi.
Tapi hasilnya lagi kelakar kerana beliau mesin kelapa sekali dengan kerak, mana tak terkejut mak beliau. Namun, niat beliau ingin menolong itu ada dan bolehlah meringankan beban emaknya.
Tapi, meringankan beban ke kalau macam ini?
@s3ojoon hasil kerja org yg selalu masuk dapur memang tak mengecewakan😮💨
@s3ojoonhasil kerja org yg selalu masuk dapur memang tak mengecewakan😮💨
Meninjau di ruangan komen, netizen semua tepuk dahi kerana beliau mesin sekali dengan kerak. Mahu satu kerja pula nak asingkan atau mungkin buang terus.
Semoga abang ini tidak dimarahi oleh emaknya, tapi kalau dah kena marah. Hadap je lah bang, siapa suruh makan isi kelapa, diganti pula dengan kerak kelapa.
Kelakar betul!
Kredit: s3ojoon