Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tidak Perlu Letak Garam Dan Gula, Ini Resepi Mi Goreng Basah Ringkas Tapi Sedap!

Tidak Perlu Letak Garam Dan Gula, Ini Resepi Mi Goreng Basah Ringkas Tapi Sedap!

Kategori: ,
mi goreng basah

Anda peminat mi goreng basah? Haaa! Ini pilihan sesuai untuk resepi mi goreng basah yang senang tapi rasanya sedap sangat sampai nak ulang-ulang makan.

Resepi ni dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook bernama Ida Rosli. Katanya, ini resepi rahsia mi goreng basah yang sedap dan ramai memuji resepinya sedap.

Ia mendapat perhatian netizen apabila resepinya tidak perlu menggunakan gula dan garam ke dalam masakan, tetapi rasanya tetap lengkap.

Jika ada yang menggoreng mi goreng basah dengan masin kerana terlebih sukatan garam, rujuklah resepi ini untuk menyamakan rasanya. Jom kita lihat dan buat sama-sama!

Tidak Perlu Letak Garam Dan Gula, Ini Resepi Mi Goreng Basah Ringkas Tapi Sedap!

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
  • 10 ekor sotong – dibersihkan potong dan tos
  • 1 paket fishball – dibersihkan, potong dan tos
  • 1 ikat sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
  • 1 biji tomatp – dibersihkan dan dibelah 6
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 susu besar sos tiram
  • 1 susu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 susu besar kicap mee
  • 1 cawan kecil air putih
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan Tumbuk:

  • Cili api 10 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • tumbuk bagi pecah dan lumat

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali masukkan minyak 2 sudu besar.
  2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi dan masukkan sotong dan fish ball.
  4. Masukkan air putih 1 cawan kecil.
  5. Masukkan dan kacau bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi kemudian masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap!

mi goreng basahmi goreng basah mi goreng basah

Info: Masak mi goreng basah stail Cik Ida ni tak pakai garam dan gula sebab rasa kicap itu semua dah cukup.

Dah siap resepi kita ni, boleh lah hidang! Menu yang sangat santai untuk sarapan, makan petang mahupun makan malam.

Ada orang yang taknak makan nasi, tapi nak makan kenyang, boleh buat!

Selamat mencuba dan menikmati ya, semua!

Sumber: Ida Roslina

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Nasi Lemak Kesukaan Suami, Tak Cair Dan Boleh Cubit Sambal, Cubalah!

tags: | |