Bagi mereka yang gemarkan masakan Indonesia Nasi Ayam Geprek sentiasa menjadi pilihan. Apa yang menjadikannya unik adalah sambal yang dihidangkan bersama.
Walaupun kepedasan sambalnya sangat menyengit, bagi penggemar makanan pedas pula, ia tak cukup memuaskan apabila sambalnya hanya sedikit.
Oleh itu, tak salah jika anda meminta sambal yang lebih dari peniaga. Tapi hati-hati, takut nanti anda menyesal pula dengan permintaan tersebut seperti gadis ini.
Kerana kelaparan dan tak sempat untuk memasak, seorang gadis meaisyyy telah membuka aplikasi Foodpanda untuk memesan Nasi Ayam Geprek dari restoran yang berhampiran dengannya.
Sukakan pedas dan tak puas hati jika sambal yang diberi adalah sedikit, dia minta ayam geprek extra pedas dari peniaga di bahagian nota pesanannya. Menghantar pesanan itu, gadis tersebut sabar menantikan makanan yang dipesan untuk tiba ke rumahnya.
Teruja apabila makanannya sampai, gadis itu terus membuka bungkusan dan terkejut apabila melihat rupa nasi ayam geprek yang telah dipesan.
Penuh dengan sambal, gadis itu berasa seronok tapi menyesal juga kerana meminta lebih. Terlampau pedas dan takut sakit perut, dia juga berasa takut untuk menghabiskannya.
Namun memandangkan benda dah berlaku dan makanan pun dah sampai, dia menikmatinya dan memberi rating 9 dari 10 bintang pada hidangan itu. Sedap betul!
@meaisyyy NAK MAKAN PUN TAKUT !! overall puas hati 😭👍🏻 9/10
@meaisyyyNAK MAKAN PUN TAKUT !! overall puas hati 😭👍🏻 9/10♬ original sound – Eien Razak
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dimuat naik di laman TikTok, orang ramai berasa terhibur. Ada juga yang takut, tak boleh bayangkan bagaimana keadaan perut setelah menghabiskan sambal yang begitu banyak. Mesti asyik ulang-alik ke tandas, kan?
Lain kali kena berhati-hati semasa meminta. Takut nanti bila diberi tak boleh tahan pula. Akhir sekali kesian dekat perut dan mulut yang perlu menanggung akibatnya. Tapi nak buat macam mana, mungkin inilah nasib mereka yang sukakan pedas. Hadap sahajalah.
Kredit: meaisyyy
Baca Juga: “Memang Trend Sedekah Sekarang..” – Temui Duit RM10 Dalam Maggi Goreng, Wanita Ini Hairan