Setiap restoran unik dan akan menyediakan beberapa pilihan masakan untuk pelanggan. Untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan, beberapa helaian kertas menu akan disediakan.
Namun jika terlampau banyak hidangan yang ada di sesebuah restoran, tentu kertas menu yang perlu disediakan adalah terlalu banyak.
Melihat begitu banyak pilihan yang ada, tentu pelanggan juga pening kepala untuk memilih.
Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, izzulhakimelias, kekeliruan menimpa ke atas dirinya dan kawan bila berada di sebuah restoran.
Niat ke sana untuk makan sambil lepak, mereka meminta kertas menu untuk melihat dan memilih hidangan yang ada.
Tapi bila kertas tersebut tiba, dia terkejut apabila melihat begitu banyak helaian kertas menu yang telah diletakkan.
Melihat macam-macam menu dengan begitu banyak warna dan saiz, mereka berasa tergelak kerana teringat pada zaman sekolah.
Menu sama banyak seperti nota sejarah, jenuh pula dia dan kawan-kawannya mengambil masa untuk membuat pilihan.
https://www.tiktok.com/@izzulhakimelias/video/7139437475184823578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@izzulhakimelias padahnya kalau order mintak menu dptnya nota sej mat 🤣 #fyp ♬ original sound – Lopes – P🅰️LAN
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa terhibur melihat gelagat kawan-kawan tersebut memilih makanan dengan menu sebanyak itu.
“Bagi menu macam tak nak bagi customer balik!”, usik seorang pengguna yang sama terkejut melihat begitu banyak menu di restoran tersebut.
Sesiapa pun akan rasa pening dengan begitu banyak pilihan yang ada. Mungkin restoran itu merupakan sebuah food court di mana begitu banyak kedai yang menjual di bawah satu bumbung?
Walau apapun, harap mereka tak terlalu mengambil masa yang lama dan sempat lah buat pilihan dan makan sebelum kedai tutup.
Kredit: izzulhakimelias