Dengan begitu banyak restoran makanan segera yang ada di Malaysia, boleh dikatakan restoran Marry Brown antara yang underrated. Selain menyediakan beberapa pilihan menarik seperti ayam goreng, bubur, burger dan sebagainya, kepuasan pelanggan turut dijaga.
Buktinya, pekerja Marry Brown tidak pernah bosan melayan dan menunaikan permintaan pelanggan. Kalau diminta, tentu mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberi lebih pada pelanggan setia mereka.
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang pelanggan, ohbutwhy_ menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Menurutnya, dia telah mengunjungi restoran Marry Brown bagi menikmati satu mangkuk Loaded Potato Bowl yang diisi dengan kentang goreng, kepingan ayam, sos keju dan mayonis.
Gara-gara teringin, gadis itu juga meminta sos keju yang lebih supaya lebih sedap untuk dimakan. Namun apabila membuka penutup cawan tersebut, dia terkejut apabila melihat begitu banyak sos yang telah diletakkan.
Hingga tak nampak rupa ayam dan kentang, memang puas makan begini, terutamanya bagi penggemar keju.
@ohbutwhy_ @marrybrownmy naaurrr😭🤌🏼 wheres my ciken wheres my fries and ubiiii . They’re drowning😭
@ohbutwhy_ @marrybrownmy ♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s fifty.💋💅🏻✨
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut bila melihat begitu banyak sos keju yang diberi pekerja Marry Brown. Tambahan, ramai pula yang tak sabar untuk pergi ke sana selepas melihat video ini.
“Dah-dah, jangan complain. Aku pergi Marry Brown sekarang, suka woo camni!”, cerita seorang pengguna.
Penggemar keju memang akan suka kalau dapat sos sebanyak ini, puas sungguh bila makan! Harap semua restoran pun boleh bagi sos sebanyak ini, memang pelanggan akan datang tiap hari!
Kredit: ohbutwhy_
Baca Juga: Jujur Kena Ngorat Dengan Mak Cik Jual Laksa Pada Teman Wanita, Lelaki Ini Terkejut Lihat Reaksinya