Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Bukan Suruh Tunjuk Perasaan..” – Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini..

“Bukan Suruh Tunjuk Perasaan..” – Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini..

Kategori:
SOS PEDAS LEBIH

Ada segelintir individu yang sangat menggemari makanan pedas. Tak lengkap kalau tiada sesuatu yang pedas, tentu anda turut mengenali beberapa orang yang sangat taksub dengan makanan pedas.

Perlu ditambah cili pada semua makanan yang pedas, kalau ke kedai makan, mereka sering akan meminta peniaga untuk menambahkan kepedasan pada hidangan mereka. Melihat permintaan tersebut, ada peniaga yang akur dengan permintaan pelanggan tersebut tapi ada juga yang bertindak lain pula.

“Bukan Suruh Tunjuk Perasaan..” – Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini..

Terbaharu, seorang pengguna nangka_muda, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman lucu yang telah terjadi ke atas dirinya.

Oleh kerana lapar, gadis itu memesan nasi goreng pataya menggunakan aplikasi Foodpanda dari sebuah kedai makan yang berhampiran. Memandangkan dia merupakan seorang penggemar masakan pedas, dia turut meninggalkan nota pada peniaga.

Meminta sos pedas lebih, gadis itu menulis pada ruangan nota dan mengulangi permintaan itu beberapa kali supaya tidak dilepas pandang peniaga. Setelah itu, dia menghantar pesanan tersebut. SOS PEDAS LEBIH

Bila makanan yang telah dipesannya tiba, gadis itu terkejut apabila melihat nasi goreng patayanya dibanjiri sos pedas. Seperti memberi separuh botol sos, dia terhibur melihat nasi goreng tersebut. SOS PEDAS LEBIH

@nangka_muda

habis separuh botol sos dia bagi.. tapi i is suka sebab pedas HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA

♬ original sound – Ratna Bader – Ratna🌸🦋

@nangka_mudahabis separuh botol sos dia bagi.. tapi i is suka sebab pedas HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA♬ original sound – Ratna Bader – Ratna🌸🦋

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat perkara tersebut. Menurut pengguna ssa, kadang-kadang menulis pesanan itu supaya peniaga tidak terlepas pandang, bukannya untuk memberontak dan menunjukkan perasaan dengan cara membalas secara begitu.

Minta Sos Lebih Pun Kena Marah? SOS PEDAS LEBIH

Nak sangat pedas, tak sangka peniaga membalas begini. Walau apapun, yang penting sos pedas yang diberi adalah mencukupi jadi buat gadis itu, memang puas hati kalau dapat makan pedas-pedas begitu.

Kredit: nangka_muda

Baca Juga: “Hancur Hati Adik Tu..” – Ayah Sanggup Tengking Anak Depan Orang Ramai Gara-Gara Bibit Jagung, Lelaki Ini Terkilan

tags: | | |