Sekali sekala, anda akan merasai badan ‘berangin’. Keadaan itu boleh menyebabkan badan kita berasa lesu dan ketidakselesaan, terutamanya pada bahagian perut dan abdomen.
Meskipun nampak ringan, masalah angin dalam badan tidak harus dibiarkan kerana ia tidak elok dibiarkan begitu sahaja. Nanti kita akan kerap berasa letih dan tidur sahaja.
Ada cara mengatasi masalah angin dalam badan? Ada! Anda boleh cuba petua mudah ini. Memang sangat berkesan untuk membuang angin ‘jahat’ dari badan dan jadikan kita bertenaga sepangjang hari. Selain itu, petua ini juga dapat membantu untuk hilangkan perut buncit.
Petua Untuk Buang Angin Dari Badan Dan Hilangkan Perut Buncit
Bahan-Bahan
- 11 biji kurma merah
- 3 inci halia (ditumbuk kasar)
- 1 sudu makan halba
- Sedikit gula batu
- 3 cawan air
Cara Penyediaan
- Koyakkan kurma merah dan buang biji sebab biji dia boleh memanaskan badan.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk sehingga mendidih. Biarkan mendidih dalam 15 minit, baru tutup api.
- Minum panas-panas. Halba, halia dan kurma merah itu boleh dimakan sekali.
Nota: Boleh amalkan setiap hari. Sekali masak air rebusan ini boleh minum sehingga 3 kali sehari. Cuma panaskan sahaja. Bahan yang digunakan ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.
Khasiat Bahan
1. Kurma Merah
- Baik untuk kulit, tinggi dengan vitamin A, B1, B2, dan C.
- Meningkatkan imunisasi badan.
- Kurangkan paras kolestrol.
- Membantutkan sel kanser.
- Banyakkan air susu wanita menyusukan anak.
- Menyembuhkan batuk dan sakit gigi.
- Menyembuhkan penyakit insomnia
2. Halia
- Menurunkan paras kolestrol.
- Buang angin dalam badan.
- Kurangkan berat badan.
- Bantu penghadaman.
- Menguatkan imuniti badan.
3. Halba
- Melancarkan peredaran darah.
- Mencuci perut.
- Menguatkan jantung.
- Membuang angin.
- Menyembuhkan buasir.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal kencing manis.
Banyak sangat khasiat setiap bahan pada kesihatan, kan? Tak hairan kenapa petua ini yang paling berkesan untuk bantu membuang angin dan mengurangkan perut buncit. Tak salah pun jika korang cuba. Dapat lah kita jadi lebih sihat dengan minuman ini.
Semoga membantu.
Kredit: Mala Mansor
Baca Juga: Amalkan Minuman Ini Untuk Buang Angin Dalam Badan, Petua Dari Ustazah Darussyifa.