Murtabak merupakan sejenis makanan yang rupanya sama dengan roti canai. Berlaps dengan inti daging cincang, telur, rempah bawang dan sebagainya, ia antara hidangan yang terkenal untuk berbuka puasa. Meskipun tidaklah sepopular roti canai, hidangan ini dijual di pelbagai kedai makan dan restoran di seluruh Malaysia.
Oleh kerana pengaruh makanan luar dan media sosial, orang ramai dan peniaga berlumba-lumba untuk mencipta pelbagai versi baharu untuk Murtabak. Ada yang menambah kepingan keju, ada pula yang mencuba inti baharu untuk mengubah rasanya. Walaupun hal itu sangat inovatif, namun kombinasi yang pelik-pelik sudah tentu akan ‘merosakkan’ rasa dan rupa asli sesuatu hidangan.
Terbaharu, seorang lelaki telah memuat naik sebuah video dan berkongsi penyediaan beberapa biji murtabak di sebuah kedai makan. Namun murtabak ini lain dari yang lain. Selalunya menggunakan inti daging cincang, murtabak ini pula menggunakan inti ikan.
Tidak pernah melihat murtabak ikan, seekor ikan diletakkan untuk dituangkan sedikit telur sebelum dibungkus dengan roti itu sebelum dimasak seperti murtabak biasa. Murtabak ini jelas merupakan versi murtabak terbaharu dan belum lagi disediakan di mana-mana kedai makan. Agaknya anda berani mencubanya?
@fikarpangwa martabak 🦀 yess boss#fipシviral #🦀🐟🦑🐬🦞🐳 😋😋😋😋😋
@yessboss225 martabak 🦀 yess boss#fipシviral #🦀🐟🦑🐬🦞🐳 ♬ DJ POK AME AME BELALANG KUPU KUPU REMIX – Arisdebugis📍
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat murtabak ikan tersebut. Baru pertama kali melihatnya, ada juga yang berasa risau samada ikan tersebut akan masak dengan sempurna atau tidak memandangkan cara memasaknya agak kurang sesuai menurut mereka.
Berfikir di luar kotak itu sesuatu yang sangat dialu-alukan tapi janganlah menyediakan kombinasi yang pelik-pelik sehingga boleh merosakkan keasilan hidangan tersebut. Terus hilang selera nak makan. Namun belum cuba belum tahu, mungkin murtabak ikan ini sebenarnya sedap dan menyelerakan. Jika pernah cuba, jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda. Orang lain pun nak tahu juga.
Kredit: TikTok yessboss225