Zaman sekarang hampir semua menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok, Instagram dan sebagainya. Malah, ramai individu juga berjaya meraih populariti dengan berkongsi pelbagai video dan gambar mereka di media sosial.
Antara topik yang menjadi ikutan ramai di media sosial adalah masakan. Dengan beberapa influencer yang berjaya seperti Khairul Aming, Woon Heng Eina Azman dan sebagainya, orang ramai juga ingin mencuba nasib dan berkongsi video masakan mereka di media sosial.
Namun influencers tersebut mempunyai studio, pekerja dan peralatan yang cukup lengkap dan selamat dari kita. Jika ingin merakam video masakan, pastikan semuanya selamat agar perkara yang menimpa wanita ini tidak berlaku ke atas anda.
Terbaharu, seorang wanita arfaanuar2 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi resepi baru yang ingin dicubanya.
Sedang merakam video untuk berkongsi resepi roti telur sambal hitam, wanita itu yang juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sedang bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan hidangan itu.
Seronok berkongsi resepi, dia tak sangka bahawa perkara malang akan berlaku apabila penghadang yang diletakkan di belakang dapur untuk melindungi dinding dari percikan minyak tiba-tiba jatuh, sekaligus menolak dapur yang digunakan hingga terjatuh di atas lantai dan terkena dirinya.
Walaupun dengan tragedi tersebut, wanita itu tetap gigih menyiapkan hidangan tersebut untuk menghabiskan reviewnya.
@arfaanuar2 tragedi oktober, dapur hancur masa aku try resepi baru #akuOKU
@arfaanuar2 tragedi oktober, dapur hancur masa aku try resepi baru #akuOKU ♬ original sound – Arfa Anuar
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa risau setelah melihat kejadian tersebut. Ramai juga tampil dengan nasihat pada wanita itu supaya lebih berhati-hati agar perkara sebegini tidak berulang sekali lagi.
“Benda hadang belakang tu tak perlu kot ada. Beli yang jenis zink, tampal kat dinding. Boleh lap je nanti.”, nasihat ana la tu.
Nak memuat naik video masakan itu tidak salah, malah ia sangat bagus kerana kita dapat berkongsi pelbagai ilmu masakan pada penonton tapi pastikan dapur anda selamat untuk digunakan.
Walau apapun, kita hanya mampu berharap agar wanita itu tidak tercedera dan semuanya baik-baik sahaja.
Kredit: arfaanuar2
Baca Juga: “Memang Terbaik!” – Peniaga Buka Gerai Roti Canai Tepi Rumah, Tiap Hari Jiran Datang Serbu