Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat ‘Nasi Dagang Ganu’ Guna Rice Cooker Jer, Tak Perlu Jauh-Jauh Ke Terengganu Dah

Cara Buat ‘Nasi Dagang Ganu’ Guna Rice Cooker Jer, Tak Perlu Jauh-Jauh Ke Terengganu Dah

Kategori:
Nasi Dagang

Ramai yang teringin untuk merasai nasi dagang ganu yang mempunyai rasa yang unik dan enak kan? Tetapi kalian hanya akan dapat merasa nasi dagang asli ini di Terengganu sahaja.

Dengan adanya resepi membuat nasi dagang ganu, korang tak perlu risau sebab korang boleh masak nasi dagang ni hanya guna rice cooker sahaja. Yang paling penting kalau guna rice cooker, kena pastikan sukatan beras dengan air sama banyak. Jangan terkurang atau terlebih.

Resepi Nasi Dagang: 

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 4 cawan beras basmati
  • 1 cawan beras pulut (beras dan pulut dibasuh dan direndam selama 1-2 jam)
  • santan kotak kecil tambah air sama dengan jumlah beras
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara membuat:

  1. Santan sekotak kecil 200ml dicampur air sampai cukup 5 cawan ikut cawan sukat beras.
  2. Hiris bawang, halia dan campur sedikit halba dan secubit garam.
  3. Masuk dalam periuk nasi. Masak mcm biasa. Boleh alas daun pisang utk wangi lagi.

Gulai Ikan Aye:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 1 inci halia, hiris*
  • 1/2 inci lengkuas, hiris*
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 camca teh garam*
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 camca teh halba
  • 1/4 camca teh jintan manis
  • 2 camca besar penuh cili kisar
  • 1 camca besar penuh rempah masak cap rose*
  • 1 camca besar penuh rempah gulai cap rose*(*boleh tengok di sini)
  • 10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
  • 1 biji bawang besar, belah 6
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1 cawan pati santan
  • Air rebusan ikan secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 keping hirisan lengkuas

Cara-cara:

  1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus. (Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan. Letak asam keping dan garam. Rebus sampai masak dan ketepikan.)
  2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
  4. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat.
  5. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang.

Acar mentah:

Bahan-bahan:

  • 2 biji timun
  • 1 batang lobak merah saiz besar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 6 camca besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
  2. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan.

Kredit: Eja Fendi

tags: |