Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kesian Tekak Aku..”, Nasi Goreng Yang Dibeli Tak Sama Dengan Gambar Yang Ditayangkan, Wanita Ini Kecewa

“Kesian Tekak Aku..”, Nasi Goreng Yang Dibeli Tak Sama Dengan Gambar Yang Ditayangkan, Wanita Ini Kecewa

Kategori:
NASI GORENG YANG DIBELI TAK SAMA

Menjalankan sebuah perniagaan kedai makan ini bukannya hal mudah. Selain memerlukan masa dan komitmen, pemilik juga perlu tahu cara memasarkannya di media sosial dan aplikasi yang ada supaya dapat menarik minat pelanggan.

Antara cara mudah untuk menarik minat adalah memaparkan menu dan gambar hidangan tersebut supaya mereka membeli. Namun hati-hati dengan gambar tersebut kerana sesetengah pelanggan sudah berpendapat bahawa makanan yang ditayangkan perlu sama dengan apa yang mereka akan dapat nanti. Jika tidak, sudah tentu mereka akan kecewa!

Kecewa Nasi Goreng Yang Dibeli Tak Sama Dengan Gambar Yang Ditayangkan

Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang wanita, jerah91, meluahkan rasa kecewanya di laman TikTok kerana telah ‘tertipu’ dengan seorang peniaga.  NASI GORENG YANG DIBELI TAK SAMA

Tertarik dengan gambar nasi goreng yang digunakan peniaga di aplikasi FoodPanda, wanita itu terus terdetik untuk membeli kerana rupanya sangat menarik dan menyelerakan. Namun apabila makanan tersebut selamat dihantarkan kepadanya, dia berasa kecewa melihat nasi goreng yang dibeli tak sama dengan gambar yang ditayangkan.  NASI GORENG YANG DIBELI TAK SAMA

Tambahnya, dia berharap agar peniaga diluar sana berhati-hati ketika menjual dan jangan bertindak ‘menipu’ pelanggan sebegitu. Hal tersebut turut membuatnya berasa hilang selera untuk makan.

@jerah91

ampaaaa…yg nk menega tuu..plz la jgn letak gambaq..kesian tekak aku..😭😭 #indahkhabardarirupa …tgk² td trus melengung x panggung pala dh aku oi..

♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – qis<3

@jerah91 ampaaaa…yg nk menega tuu..plz la jgn letak gambaq..kesian tekak aku..😭😭 #indahkhabardarirupa ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎

Namun di ruangan komen, lain pula respon warganet. Rata-rata bengang dengan sikap wanita tersebut kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang ada. Tambah segelintir, rupa makanan itu tidaklah seteruk seperti yang dikatakan wanita itu.

Bersyukur Dengan Rezeki.. NASI GORENG YANG DIBELI TAK SAMA

Walaupun makananan yang dibeli tidak sama dengan apa yang ditayangkan, namun ia tidaklah seteruk itu. Asalkan rasanya tetap sedap, rupa boleh diketepikan. Janganlah merungut dengan rezeki yang ada, tak baik berbuat begitu.

Kredit: TikTok jerah91

Baca Juga: Adik Ini Sanggup Kerja Kupas Jagung Seharian Dengan Upah RM20 Sahaja Semata-Mata Untuk Beli..

tags: |