Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Nasi Lemak Beratur 7E Tetap Laku Keras Pada Bulan Puasa, Beroperasi Seawal Jam 3 Pagi

Nasi Lemak Beratur 7E Tetap Laku Keras Pada Bulan Puasa, Beroperasi Seawal Jam 3 Pagi

Kategori:
Nasi Lemak Beratur 7E

Siapa yang meminati Nasi Lemak lebih-lebih lagi kepada yang menetap di sekitar Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur pasti mengenali sebuah kedai jalanan yang terkenal dengan nama Nasi Lemak Beratur 7E Maluri.

Mana tidaknya, Nasi Lemak Beratur 7E mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai. Ini dibuktikan dengan kesanggupan orang ramai yang sanggup beratur sehingga 2 jam lamanya dan ia dibuka seawal jam 4 pagi jika beroperasi pada waktu biasa.

Nasi Lemak Beratur 7E Tetap Laku Keras Pada Bulan Puasa, Beroperasi Seawal Jam 3 Pagi

Jika melihat waktu operasi pada bulan Ramadan, peniaga memulakan sesi jualan seawal jam 3 pagi. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan, jualannya tetap habis dengan cepat dan masih laku keras. Nasi Lemak Beratur 7E

Seperti perkongsian pengguna media sosial Abu Cari Makan yang tular baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman membeli di Nasi Lemak Beratur 7E Maluri.

Katanya, jualan mereka tetap laku keras apabila bulan puasa.

“Peniaga lain mungkin risau memikirkan macam mana nak habiskan jualan. Makcik ni niaga belum buka orang dah beratur. Meniaga 2 jam je habis walaupun jual pukul 4 pagi,” tulisnya di hantaran Facebook.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik oleh peniaga sendiri, dia menyatakan tentang waktu operasi jualan mereka.

“Assalamualaikum dan salam ssejahtera. Pada bulan puasa. waktu operasi pagi Selasa hingga Sabtu pada pukul 3 pagi. Pagi Ahad dan Isnin tidak berniaga,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Waktu Operasi Pagi Selasa Hingga SabtuNasi Lemak Beratur 7E

Melihat kepada lauk pauk yang dijualnya, sememangnya banyak aneka lauk yang menjadi pilihan pelanggan. Makan bersama Nasi Lemak panas-panas yang digabungkan dengan bermacam lauk pelbagai pilihan.

Selain itu, meninjau komen netizen di ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa nasi lemak yang dijual sedap hingga orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya.

“Buat sedap orang mesti cari…”, kata CikPuan Reyha.

“Nasi Lemak dan lauk-lauk dia sedap sebab tu orang repeat. Sanggup beratur pukul 3 pagi lagi,” jelas Sherry Deng.

Daripada kisah ini, kita dapat simpulkan bahawa jika kita berniaga dengan ikhlas, pasti orang akan datang kembali untuk menyokong jualan yang dijual peniaga.

Sumber: Abu Cari Makan & Nasi Lemak Beratur 7E Maluri

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Membeli Di Bazar Ramadan Australia, Ramai Tak Percaya Sebab Penuh Dengan Warga Malaysia

tags: |