Langkau ke kandungan

Nasi Lemak Pandan Dahlia’s Kitchen

Resipi

6 bahan, 5 langkah

Terus ke resipi
Nasi Lemak Pandan

Mungkin sudah ramai yang tahu cara naka masak nasi lemak kan. Ini merupakan salah satu resepi Nasi Lemak Pandan Dahlia’s Kitchen yang boleh anda ikuti.

Biasalah kan, lain-lain versi kan. Mana tahu dapat memikat selera anda semua.

Nasi Lemak Pandan Dahlia’s Kitchen

Resipi Nasi Lemak Hijau aka Pandan Dahlia’s Kitchen

Bahan-Bahan:

  • Beras ( sukatan masing masing )
  • Santan ( dicampur air dan ikut sukatan beras )
  • 1 Batang Serai Diketuk
  • 5 Ulas Bawang Putih Diketuk
  • Garam Secukup Rasa
  • Pandan Paste

Cara-caranya adalah:

  1. Bersihkan beras. Masukkan santan, serai, bawang putih, garam secukup rasa, dan pandan paste.
  2. Kacau, masak atas api hingga mendidih.
  3. Setelah itu, masak atas periuk elektrik. Tunggu dan masak sebentar.
  4. Selepas 10 minit, kacau sedikit.
  5. Sedia untuk disajikan bersama sambal tumis ikan bilis atau ayam masak merah, telur rebus, serta timun.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Selanjutnya, tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaan Nasi Lemak Pandan:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Asreeman Ariffin

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Asreeman Ariffin