Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Selalu Sabar..” – Jual Kuih Piring Depan McD, Nasib Warga Emas Ini Buat Ramai Sebak

“Dia Selalu Sabar..” – Jual Kuih Piring Depan McD, Nasib Warga Emas Ini Buat Ramai Sebak

Kategori:
Nasib Warga Emas

Rezeki tidak datang dengan mudah. Ramai diantara kita yang masih lagi berada dalam kesusahan dan sedang bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi.

Tidak memilih pekerjaan yang dilakukan, ada yang rela bekerja dari pagi sampai petang di bawah cuaca yang tidak menentu demi menyara kehidupan.

Paling menyedihkan apabila ada segelintir warga emas yang hidup dalam kesempitan perlu menguatkan diri lagi demi mencari rezeki.

“Dia Selalu Sabar..” – Jual Kuih Piring Depan McD, Nasib Warga Emas Ini Buat Ramai Sebak

Terbaharu, seorang lelaki alfi_khaibahar94 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi nasib memilukan seorang warga emas.

Bersiar-siar di sekitar Mahkota Parade, Melaka, lelaki itu terserempak dengan seorang pak cik yang sedang menjaja kuih piring di sekitar McDonald’s yang berhampiran. Nasib Warga Emas

Bersimpati melihat nasibnya, dia tergerak untuk menyapa warga emas itu. Setelah berbual, pak cik itu berkongsi rutin hariannya. Setiap hari dia akan berada di kawasan itu untuk menjual kuih-muih dari pagi hingga 1 tengah hari. Nasib Warga Emas

Walaupun tidak begitu kuat dan perlu bekerja dalam cuaca yang tidak menentu, pak cik itu perlu melakukan pekerjaan ini bagi meneruskan kehidupan.

Bersimpati dengan kesusahan yang dihadapi warga emas tersebut, lelaki itu mengajak orang ramai untuk hadir dan berikan sokongan.

https://www.tiktok.com/@alfi_khaibahar94/video/7169053351319981338?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@alfi_khaibahar94 tak kira hujan panas pakcik mencari rezeki dia slalu sabar🥲🤲ssiapa nak tlong pakcik smoga di permudahkan rezeki jga #fypシ #xyzbca #xyzbca ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang melihat nasib warga emas itu turut bersimpati dan tersentuh hati. Ada juga yang tampil mendoakan perkara yang baik-baik sahaja padanya.

“Rasa sedih bila lihat pak cik sebaya ayah akak masih mencari rezeki demi melangsungkan kehidupan. Moga diberikan kesihatan yang sihat buatnya.”, minta seorang pengguna.

Kesian Melihatnya, Ramai Yang Simpati Nasib Warga Emas

Sedihnya bila melihat masih ada warga emas di luar sana yang masih lagi perlu bersusah payah dan bekerja demi mencari rezeki. Seharusnya mereka berada di rumah untuk berehat dan meluangkan sedikit masa dengan keluarga tapi sebaliknya.

Walau apapun, semoga pak cik itu terus dimurahkan rezeki dan ada insan di luar sana yang tidak keberatan untuk membantunya.

Kredit: alfi_khaibahar94

Baca Juga: “Mesti Akak Tu Blushing..” – Risau Kepala Pekerja Kena Kaunter, Tindakan Majikan Ini Buat Ramai ‘Cair’

tags: | | | |