Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Order 30 Biji Kuih Bakar Berempah Tapi Akhir Sekali Cancel, Peniaga Bengang Dengan Tindakan Pelanggan

Order 30 Biji Kuih Bakar Berempah Tapi Akhir Sekali Cancel, Peniaga Bengang Dengan Tindakan Pelanggan

Kategori:
ORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAH

Nak berjaya bukanlah hal yang mudah. Bukan sahaja peniaga ternama yang sering diuji dengan pelbagai cabaran tapi yang kecil dan baru sahaja ingin bermula akan didatangkan dengan pelbagai dugaan.

Jika bukan krisis dalaman, mereka akan ditemukan dengan pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan kurang timbang rasa. Bukan sahaja perkara itu memenatkan, malah merugikan peniaga. Oleh itu, sesiapa sahaja akan mudah hilang sabar untuk berurusan dengan individu sebegitu.

Order 30 Biji Kuih Bakar Berempah Tapi Akhir Sekali Cancel, Peniaga Bengang Dengan Tindakan Pelanggan

Sebuah peristiwa menghampakan telah menimpa pada seorang peniaga kuih bakar berempah baru-baru ini. Telah menjual kuih itu secara kecil-kecilan, wanita itu teruja apabila seorang pelanggan menghubunginya untuk order 30 biji kuih bakar berempah.

Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, peniaga tersebut teruja untuk menyiapkan pesanan itu. Namun ketika sedang menunggu pelanggan untuk mengambil kuih, peniaga itu terkejut apabila pelanggan memaklumkan untuk membatalkan pesanannya.  ORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAHORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAH

Kecewa, dia cuba menghubungi pelanggan. Beberapa mesej telah dihantar namun hanya dilihat sahaja. Setelah beberapa pesanan, pelanggan itu hanya membalas begini; “Saya minta maaf ya. Mak saya tak nak, adik saya dah dapat cari yang berempah”. ORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAH

Penat menyiapkan pesanan itu, dia cuba memujuk pelanggan tersebut untuk mengambil pesanannya tapi tetap tidak dilayan. Tambahnya, pelanggan itu tidak seharusnya berbuat begini. Jika mahu membatalkan pesanan pun, maklumlah terlebih dahulu supaya peniaga juga tidak kerugian.

https://www.tiktok.com/@yaaa_rahmat/video/7107531523665988891?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@yaaa_rahmat 🙃 #KuihBakooBerempah #PayaRumputCheng #TeamMelakaHawau #TeamMelakaHawau #MYFoodie ♬ original sound – CɪᴋSᴇʟʟᴇʀKᴜɪʜBᴀᴋᴏᴏ

Menjengah di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan perkara yang terjadi. Malah, ada yang menasihati supaya lebih berhati-hati dan jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ramai yang cadangkan untuk meminta deposit terlebih dahulu supaya pelanggan tidak semudahnya membatalkan pesanan yang telah dilakukan.

“Lain Kali Kena Berhati-Hati..” ORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAH ORDER 30 BIJI KUIH BAKAR BEREMPAH

Kesian pula bila tengok ada peniaga kecil di luar sana yang telah dianiaya sebegini. Sebagai pelanggan, janganlah kita bertindak sebegini. Bukan sahaja peniaga yang perlu amanah, anda pun perlu memainkan peranan itu.

Kalau dah buat pesanan, janganlah suka hati batalkannya. Kesian dekat orang lain juga yang sedang mengusahakan rezeki yang halal.

Kredit: yaaa_rahmat

Baca Juga: “Memadai Je Tambah..” – Terima Special Request Dari Pelanggan, Peniaga Ini Pula Yang Beria

tags: | | | |