Setiap kedai makan adalah unik dan mempunyai cara masakan masing-masing. Jadi pelanggan haruslah berhati-hati dan tahu apa yang ingin dipesan. Sebelum melakukan pesanan, seeloknya mereka meneliti hidangan yang ditawarkan dengan sebaiknya. Tak pun, mereka juga boleh bertanya pada pelayan yang sedang bekerja. Hal ini dapat mengelakkan mereka dari tersalah pesan hidangan.
Jika hal itu berlaku, pelanggan akan cepat menyalahkan peniaga dan akhirnya ia akan menyebabkan salah faham atau situasi yang tidak diingini. Sebaliknya, hal sebegitu menjadi tanggungjawab para pelanggan juga. Jika nak makan, pastikan anda tahu apa yang dipesan untuk mengelakkan tersalah order.
Sepertimana yang berlaku pada seorang wanita baru-baru ini, dia telah mengunjungi ke sebuah restoran berdekatan untuk menikmati beberapa hidangan di sana. Mungkin teringin, wanita itu juga memesan cendawan goreng untuk dimakan.
Namun ketika ia tiba, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila cedawan goreng yang dipesan tak kelihatan rangup. Digoreng bersama sos, wanita itu mahukan cendawan celup tepung yang mempunyai bater yang sangat rangup, enak dimakan bersama sos.
Mengadu tentang hal itu pada pemilik restoran itu, wanita itu berasa sedikit tersentap apabila peniaga itu menasihatinya untuk lebih teliti bila melakukan pesanan. Jika mahukan cendawan goreng yang rangup, pesanlah cendawan celup tepung dan bukannya cendawan goreng yang digoreng kilas bersama sos dan beberapa bahan lain.
@rajairleesa Nak kata dia goreng dulu cendawan tu before salut dengan kuah sup pun tak jugak, sebab kenyal2 je cendawan tu . Hmm aku pun confused
@rajairleesaNak kata dia goreng dulu cendawan tu before salut dengan kuah sup pun tak jugak, sebab kenyal2 je cendawan tu . Hmm aku pun confused♬ original sound – ShallumAdventures
Menjengah di ruangan komen luahan wanita itu yang telah dimuat naik di laman TikTok, orang ramai pula berpihak pada peniaga dan berpendapat bahawa ia telah menjadi kesalahan wanita itu kerana memesan hidangan yang salah. Ada yang menasihatinya supaya lebih teliti lain kali.
Sememangnya kita sebagai manusia tidak terlepas dari kesilapan. Bila membeli, kita perlulah tahu apa yang dipesan agar tidak tersalah beli, hal itu juga dapat mengelakkan salah faham dengan peniaga. Hal ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pengguna di luar sana.
Kredit: rajairleesa