Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Kategori: ,

Overnight oat merupakan sejenis makanan yang berasaskan oat ringkas, mudah dan pantas untuk disediakan. Ia adalah oat yang didiamkan semalaman dan ditambahkan dengan beberapa jenis makanan yang lainnya sebagai penambah rasa. Sesiapa yang tengah diet sekarang sangat sesuai untuk konsumi overnight oat ini.

Sebenarnya, tiada resepi yang tertentu dalam penyediaan overnight oat ini kerana anda boleh membuatnya mengikut kesukaan anda. Oat ini sangat penuh dengan khasiat dan juga sedap berbanding dengan oat yang biasa kerana terdapat buah, kekacang dan lain-lain.

Oat ini berupaya untuk mengawal kolesterol dan mengawal nafsu makan. Selain dijadikan sarapan, oat juga boleh dijadikan sebagai menu bersahur ketika anda berpuasa kerana ia mampu membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding nasi, atau roti.

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

overnight oat

Bahan-bahan

  • Oat
  • Natural Yogurt
  • Fresh milk
  • Madu
  • Kismis
  • Mix nuts
  • Chia seed
  • Buah buahan

Cara penyediaan

  1. Masukkan oat yang biasa dalam setengah botol kemudian masukkan yogurt dalam 2 sudu besar dan juga mix nuts. Masukkan madu sedikit dan fresh milk agak² tenggelam oat je
  2. Masukkan buah-buahan kegemaran anda seperti strawberry, anggur, mangga
  3. Kemudian masukkan mix nuts, kismis dan chia seed ke dalam oat
  4. Simpan dalam peti ais untuk lagi sedap

overnight oat

Cara penyediaan overnight oat ini sangatlah senang. Antara bekas yang paling sesuai digunakan adalah jenis mason jar. Overnight oat ini sangat sedap dimakan semasa sejuk jadi anda boleh masukkan ke dalam peti ais dahulu sebelum makan.

Anda juga boleh menambah yogurt bagi yang mahukan oat anda sedikit cair. Rasanya juga pasti tidak akan mengecewakan!

Sekian sahaja perkongsian resepi diet daripada saya! Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Facebook Intan

Baca juga: Amalkan Diet GM Sampai Turun 6KG, Wanita Ini Kongsi Tips Diet Yang Menjadi Dalam Masa 7 Hari Sahaja!

tags: | | |