Baru-baru ini, kita digemparkan dengan jualan shawarma yang digilai kebanyakan rakyat Malaysia apabila berkunjung ke Bukit Bintang sehingga menjadi perbualan netizen.
Ditambah pula, dengan harga yang sedikit mahal, ia tidak menjadi faktor penghalang kerana ramai yang sanggup menunggu untuk mendapatkan shawarma di sana yang dimonopoli oleh orang-orang digelar ‘Pak Arab’.
Ia menjadi perbualan ramai apabila isu ini dibangkitkan oleh seorang peniaga di laman TikToknya. Menurutnya, jualan shawarma laku di Bukit Bintang apabila peniaganya dimonopoli oleh orang-orang berwajah tampan dan sedap mata memandang.
Tetapi, jika melihat kepada peniaga-peniaga kita di tepi jalan, jika peniaga meletakkan harga yang sedikit mahal, peniaga tersebut terus akan dihentam.
“Pak Arab jual kebab sampai RM30. Kita orang Melayu jual nasi ayam RM5 pun orang sudah bising. Itu Arab datang Malaysia jual kebab RM35 halal halal halal tak ada orang pun bising.
“Tapi betul, diskriminasikan orang Malaysia ni. Kalau Pak Arab, kalau orang-orang handsome jual benda mahal takda orang bising. Kalau muka macam gorgon, macam saya ni jual benda-benda mahal sikit satu Malaysia viral sana sini,” luahnya dalam video leteren peniaga tentang Pak Arab jual shawarman tersebut.
Menurutnya lagi, dia menggunakan situasi sebagai penebar roti canai yang menjual roti canai RM2 sekeping yang ramai mengatakan ia sebagai satu harga mahal.
“Jual roti canai RM2 pun orang cakap bising. Nak upah uli, upah tebar, minyak itu mahal. Jual RM2 orang cakap apa benda roti canai RM2. Pergi kedai Arab beli apa nama tu prata RM15. Kalau Pak Arab jual prata RM15 tak apa habibi punya handsome.
“Orang Malaysia kalau jula mahal sikit, satu negara complaint. Orang Arab, jual nasi Arab sampai RM30, jual kebab sampai RM15, RM20, tak ada orang bunyi,” katanya lagi.
@thesumkopi Nampak Mcm keras kan?? Tapi ini lah hakikat sebuah kehidupan, apa pon harap tak viral 😂😂 #CapCut #TheSumKopi #abgkopi #acikkopi #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #Fyp #business #kopiviral #peniagakecil #masukberanda #viral #kamisempoi #love #facts #malaysia #hustle
@thesumkopi Nampak Mcm keras kan?? Tapi ini lah hakikat sebuah kehidupan, apa pon harap tak viral 😂😂 #CapCut #TheSumKopi #abgkopi #acikkopi #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #Fyp #business #kopiviral #peniagakecil #masukberanda #viral #kamisempoi #love #facts #malaysia #hustle ♬ MELANCHOLY – White Cherry
Melihat rata-rata komen, hal itu dipersetujui netizen dan ramai yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia suka menyokong warga asing yang sedap mata memandang.
“Baru ni kes Mat Salleh jual nasi lemak RM3 tapi laku je. Ramai orang Melayu support. Lepas tu ada Melayu jual nasi lemak RM2 terus kena kecam cakap mahal la apa lah. Rakyat Malaysia ni memang lagi suka sembah warga asing,” kata seorang netizen.
Kalau Min, Min suka tengok kualiti mengikut kuantiti jika membeli. Jika mahal dan hanya viral semata, tetapi rasa dan harga tidak berbaloi, Min tak akan beli.
Korang pula bagaimana?
Sumber: The Sum Kopi