Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin moden namun kisah tentang rakyatnya sering kelaparan masih lagi kedengaran. Tidak kira di kawasan bandar mahu pun di kawasan kampung, pelbagai kisah yang didengar.
Bukan sahaja dari golongan gelandangan malah golongan lelaki yang sudah berusia juga menghadapi isu ini. Sedih, terlampau sedih apabila mengenangkan rakyat Malaysia masih lagi ramai yang merasai episod sedih ini. Bahkan lebih sedih lagi adalah apabila orang ramai langsung tidak menghiraukan mereka ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok secretgarden, berkenaan dengan seorang pakcik tua yang kelaparan. Menurut wanita ini, lelaki tersebut sampai sehari tidak makan gara-gara orang fikirkan dia tiada wang. Jadi makanan yang dipesan olehnya memang tidak sampai.
Menurut wanita ini lagi, pakcik tersebut selalu order nasi paprik apabila dia datang ke tempat wanita ini. Mungkin itu adalah makanan kegemarannya. Tambah wanita ini lagi, walaupun ada yang memandang serong apabila dia mengajak pakcik ini makan namun dia tak menghiraukannya.
Mungkin korang boleh melihat sendiri perkongsian wanita ini berkenaan dengan pakcik tersebut. Luluh hati dan menitis air mata apabila mengetahui kisah sedihnya ini.
https://www.tiktok.com/@secret1996d/video/7051631514483772698?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@secret1996d pakcik ni kalau sya dtg..dia akan tnya “bila anak akan dtg lg” klau lah ad yg sudi untk membantu dia alhamdullilah sgt2 #dengkil ♬ Ayah – Laoneis
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa kasihan dengan apa yang terpaksa dihadapi oleh pakcik ini dan ada juga yang mengucapkan terima kasih atas pertolongan wanita ini kepada pakcik tersebut.
Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang bertanya kenapa orang tidak membantu pakcik ini dan sering melihat rupa. Tidak kurang juga ada yang meminta wanita ini bertanya kepada pakcik berkenaan apakah dia ingin memotong rambut atau tidak.
Lebih menitiskan air mata lagi apabila ada yang mendoakan agar diangkat darjat sesiapa yang membantu pakcik ini. Ada juga yang turut menyatakan tidak miskin pun andai kita bersedekah. Jadi tidak salah pun untuk kita membantu orang macam ini.
Terkedu seketika dan tanpa sedar air mata meleleh ke pipi apabila membaca dan mendengar apa yang diperkatakan oleh pakcik ini. Didoakan semoga pakcik ini sentiasa dipermudahkan urusan. Buat korang yang ternampak pakcik ini, bantulah semampu nya ya.
Kredit: TikTok secretgarden