Ada masanya ketika kita menyaterika baju atau pakaian di rumah, akan ada kesan hitam hangus pada saterika ketika kita menggosok.
Hal ini mengakibatkan kita tidak boleh menyambung untuk menggosok pakaian kerana kesan hitam tadi pasti akan terlekat pada pakaian lain.
Jadi, Daily Makan ingin berkongsi tip pantas untuk melunturkan kesan hitam pada saterika kepada para pembaca. Teknik ini dikongsi oleh Achai Wong apabila dia menggunakan panadol untuk hilangkan kesan hitam hangus pada saterika.
Tak perlu beli barang pencuci khas, caranya hanya menggunakan panadol. Hasilnya memang berkesan.
Lelaki Ini Kongsi Tip Mudah Guna Panadol Untuk Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Saterika, Memang Mudah!
Cara-Caranya:
- Panaskan saterika dan basahkan panadol.
- Kemudian gosok panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan saterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena saterika panas.
- Semasa menggosok panadol ini, akan berlaku tindakbalas yang menghilangkan kesan hitam.
- Kemudian lap permukaan saterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
- Taraaa! Hasilnya dah bersih.
Semoga perkongsian kesan hitam hangus pada saterika tip mudah guna panadol untuk hilangkan kesan hitam hangus pada saterika ini bermanfaat buat para pembaca. Selamat mengaplikasikan tip ini.
Sumber: Achai Wong
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Kerabu, Hidangan Sihat, Mudah & Sedap Untuk Sarapan