Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cuak Bila Pecahkan Periuk Corningware Kesayangan Isteri, Lelaki Ini Minta ‘Idea’ & Doa Dari Warganet.

Cuak Bila Pecahkan Periuk Corningware Kesayangan Isteri, Lelaki Ini Minta ‘Idea’ & Doa Dari Warganet.

Kategori:
corningware

Set periuk dan pinggan merupakan antara ‘harta’ yang sangat disayangi buat para wanita. Lagi-lagi yang berjenama seperti Corningware dan Vision. Walaupun cantik, set periuk dan pinggan itu hanya digunakan sekali sekala sahaja kerana terlebih sayang!

Bila menggunakan set periuk dan pinggan yang disayangi oleh para isteri, perlu lah berhati-hati. Manalah tahu takut terjadi perkara yang tidak diingini. Kalau calar sedikit pun memang bengkak telingga melayan bebelan mereka.

Tercalar boleh diterima lagi, jangan pula sampai pecah berderai pula periuk itu! Bila terjadi sebegitu, memang cemas jadinya. Itulah apa yang terjadi pada Suhaimi Nayan di Facebook apabila dia telah memuat turun gambar periuk kesayangan isteri dari jenama Corningware yang telah pecah berderai sewaktu isterinya tiada di rumah.

Malah, dia turut meminta ‘idea’ dari warganet untuk memberi alasan yang sesuai. Tak cukup di situ, individu itu meminta mereka berdoa buatnya.

Pulul 6 Camtu, Bini Balik.

Cemas kerana telah memecahkan periuk Corningware kesayangan isteri secara tidak sengaja, Suhaimi itu meminta ‘idea’ untuk jawapan yang sesuai untuk diberikan pada isteri. Malah, risau akan reaksi isterinya, dia turut meminta orang ramai mendoakannya.

Lani pukul 5.20 petang, pukul 6 camtu, bini balik. Kalau2 sahabat dalam ni ada idea untuk jawapan yang sesuai. Di samping itu sertakan juga doa ya.

(Beli periuk ni masa hanimun kat Langkawi)

corningwarecorningware

‘Idea’ Warganet Undang Tawa!

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak keberatan untuk menunjukkan support dan memberi pelbagai alasan untuk digunakan. Rata-rata semuanya sangat kelakar!

Bang… Hidup Lagi Tak?

Setelah beberapa jam yang berlalu, ada juga warganet yang ‘risau’ mengenai keadaan lelaki itu yang tiba-tiba menyepi tanpa berita.

Para suami jangan main-main dengan set periuk dan pinggan kesayangan isteri tau. Tak kira lah berjenama atau tidak, kalau dah pecahkan, siap sedia lah untuk pujuk si isteri.

Kredit: Suhaimi Nayan via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: Beli Ikan Di Pasar & Minta Siang Terus, Namun Hasilnya Mengejutkan! Wanita Ini Nasihat Para Pembeli Lebih Berhati-Hati Bila Beli Ikan.

tags: | |