Tikus merupakan haiwan perosak yang sentiasa berkeliaran di luar. Membawa pelbagai penyakit dan kuman, sudah menjadi tanggungjawab pengusaha restoran itu untuk menjaga kebersihan dan memastikan kedai mereka bebas dari haiwan itu.
Walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pemilik, ada juga hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Jika meniaga di tempat terbuka dan berkongsi lokasi dengan peniaga yang lain, ia menjadi lebih mudah untuk kedai dicemari dengan tikus dan haiwan perosak.
Memandangkan tikus ini haiwan yang kecil dan licik, ia menjadi sukar untuk menangkapnya. Oleh itu, selain menggunakan perkhidmatan luar untuk memastikan kedai bebas dari tikus dan pelbagai haiwan perosak, kucing jalanan yang ada juga boleh bantu menangkap haiwan itu.
Terbaharu, seorang lelaki, zack.6517, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat seekor kucing di sebuah kedai mamak. Ketika makan di sana, lelaki itu terserempak dengan seorang pekerja yang terpaksa usir seekor kucing dari kedai.
Kelihatan comel, apabila dizum, rupanya kucing itu sedang mengigit seekor tikus. Diletak di luar, kucing itu nampak seronok pula bermain dengan tikus itu. Memang kucing itu bekerja part time di kedai itu? Buat kerja pun kena usir dengan majikannya.
@z.6517 function
@zack.6517function
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat video itu berasa terpikat pula dengan kecomelan kucing itu. Pandai dia buat kerja di kedai dan comel pula tengok ia bermain dengan mangsanya.
Kalau nak upah orang untuk halau tikus tu, sudah tentu memakan kos yang tinggi. Selain sentiasa membersihkan kedai dan menjaga kebersihan makanan, suasana dan peralatan yang digunakan, mungkin peniaga juga boleh mengupah mana-mana kucing di luar sana untuk membantu mereka menghalau tikus dari kedai. Lebih jimat, bukan?
Kredit: TikTok zack.6517
Baca Juga: Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap Pada Pelanggan, Lelaki Ini Terpaksa Cari Cara Lain