Adat dalam dunia pekerjaan, tentu wujud pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Selain waktu bekerja yang pangjang serta tugasan harian yang perlu dilaksanakan, kita juga akan berhadapan dengan pelbagai kerenah rakan sekerja.
Sudah menjadi lumrah bahawa setiap manusia ini didatangkan dengan pelbagai kerenah. Oleh itu, rakan sekerja juga ada yang baik dan pendiam, tapi ada juga yang suka buat kecoh dan mengusik kawan-kawan ketika bekerja.
Baru sahaja terjadi, suasana sebuah cawangan makanan segera terkenal, McDonald’s menjadi kecoh apabila pekerja-pekerja di sana melakukan prank ke atas dua orang pekerja wanita.
Dipercayai berlaku ketika waktu restoran itu ditutup, dua orang pekerja wanita tersebut telah dikenakan oleh beberapa orang pekerja lelaki di sana dengan disimbah satu jug air minuman berwarna oren pekat.
Tak cukup dengan itu, seorang lagi lelaki membawa satu tong berwarna biru yang penuh dengan air minuman untuk disimbah sekali lagi ke atas mereka. Tambahan pula, sebiji telur ayam telah dipecahkan di atas kepala seorang wanita yang terduduk setelah terkena dengan prank itu.
Siap kena prank, wanita itu terus membuka paip air bagi menjiruskan air pada kawannya yang turut menjadi mangsa prank tersebut. Dilihat di ruangan sinki pula, lantai dapur kelihatan kotor dengan minuman yang telah disimbah ke atas mereka.
https://www.tiktok.com/@tul.rhw/video/7105144874529262874?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@tul.rhw Last video pake sound ni ✅ #fypシ #mcdonalds ♬ tak baik tau maki maki – mok🖤
Pengalaman sebegini tentu menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Namun begitu, haruslah diingatkan untuk bersederhana dalam bergurau.
Walaupun berkawan, kita tidak tahu apa perasaan orang lain. Nampak kelakar tapi mungkin gurauan sebegini boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak atau mendatangkan akibat yang tidak disangka.
Kredit: tul.rhw