Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Masuk Kereta Menangis..” – Pekerja Restoran Kacau Surprise Untuk Suami, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

“Masuk Kereta Menangis..” – Pekerja Restoran Kacau Surprise Untuk Suami, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

Kategori:
Pekerja Restoran Kacau

Setiap insan akan suka apabila tarikh lahirnya diingati dan disambut bersama keluarga dan kenalan rapat. Bila sudah berkahwin, tentunya si pasanganlah yang paling beria merancang pelbagai kejutan.

Namun ketika ingin melakukan sesuatu, kita perlulah berhati-hati dan merancang dengan seeloknya kerana tak semuanya akan berjalan rancang seperti yang diharapkan.

“Masuk Kereta Menangis..” – Pekerja Restoran Kacau Surprise Untuk Suami, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

Terbaharu, seorang wanita Fie, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi perasaan kecewa selepas pulang meraikan hari jadi suaminya di sebuah restoran.

Kisahnya, dia dan suami bercadang untuk makan di sebuah restoran. Sambil itu, dia juga telah merancang untuk melakukan satu kejutan di sana.

Tiba sahaja, dia dan suami ingin memesan beberapa hidangan tapi semua yang mereka mahu tidak disediakan. Putus selera, suaminya terus mengajaknya untuk makan di tempat lain. Pekerja Restoran Kacau

Tak sangka keadaan menjadi begini, dia terpaksa ke kaunter dan meminta untuk pekerja mengeluarkan kek sambil dia berlakon untuk ke tandas bagi membantu pekerja di situ membuka kotak kek dan memasang lilin.

Tapi selepas keluar dari tandas, dia terkejut apabila melihat suaminya telah meniup lilin. Paling mengecewakan apabila pekerja yang ada juga tidak membantu merakam detik itu.Β  Pekerja Restoran Kacau

Ceritanya lagi, dia telah menghantarkan kek ini dan meminta kerjasama pekerja sehari sebelum kejadian. Walaupun sudah dipesan, pekerja di sana kelihatan tidak kisah dan mengikut arahan yang telah diberi untuk mengeluarkan kek semasa suaminya sedang makan.

Selain itu, meja makan yang telah dipilihnya turut digunakan sebagai tempat lepak oleh pekerja lain. Pekerja Restoran Kacau

Kecewa, mereka memutuskan untuk makan di sebuah warung dan semasa di sana, dia meminta suaminya untuk memotong kek tersebut untuk melihat reaksi gembiranya.

Tambahan bila berada di warung tersebut, wanita itu berterima kasih pada pemiliknya kerana memberikan layanan yang mesra dan mengucapkan selamat hari jadi pada suaminya. Pekerja Restoran Kacau

Menurutnya juga, ini merupakan sambutan hari jadi pertama mereka setelah bergelar suami isteri tapi dia tak sangka cubaannya untuk menyambutnya menjadi satu pengalaman yang sangat pahit.

@fiefa.alya

Semangat cari kek, cari kedai. Tapi πŸ’” aku yang kena surprise dgn staff kedai tu. Masuk kereta menangis sbb first time nak celebrate birthday dia as husband n wife. Suami hanya mampu gelak je. #fyp

♬ original sound – user7473085564746 – 𝑀𝒾𝒢𝒢𝓂𝑒𝓁𝒾𝒢

@hanger_co Semangat cari kek, cari kedai. Tapi πŸ’” aku yang kena surprise dgn staff kedai tu. Masuk kereta menangis sbb first time nak celebrate birthday dia as husband n wife. Suami hanya mampu gelak je. #fyp ♬ original sound – user7473085564746 – 𝕄𝕖𝕝

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa kesal dengan sikap pekerja. Ada juga yang minta mendedahkan nama dan lokasi restoran tersebut. Namun wanita itu tidak mahu berbuat begitu dan akur bahawa mungkin ada kesilapan dari dirinya.

Peristiwa itu juga menjadi contoh yang baik mengapa ramai lebih suka merancang dan melakukan kejutan sendiri di rumah.

Sikap Pekerja Mengecewakan, Ramai Lebih Suka Buat Sendiri Pekerja Restoran Kacau

Kalau rasa tak mampu untuk berkerjasama, seharusnya pekerja-pekerja di restoran itu memaklumkan pada wanita itu, bukannya beri harapan dan akhirnya memberikan perkhidmatan yang teruk.

Semoga perkara ini dijadikan pengajaran buat semua pihak.

Kredit: Fie

Baca Juga: Rider Foodpanda Sanggup Redah Hujan & Basah Kuyup Untuk Hantar Pesanan, Akhirnya Pelanggan Cancel Order

tags: | | |