Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hari-Hari Dia Tengok Benda Sama..” – Pekerja ‘Sound’ Pelanggan Gara-Gara Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

“Hari-Hari Dia Tengok Benda Sama..” – Pekerja ‘Sound’ Pelanggan Gara-Gara Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Kategori:
Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Semenjak media sosial menjadi sesuatu yang mainstream, semua orang menggunakannya untuk berkongsi kehidupan harian serta pendapat pada kenalan di seluruh dunia.

Malah, ada yang taksub dengan media sosial hingga perlu berkongsi hampir semua benda di platform yang digunakan. Menggunakannya tak salah tapi janganlah pula bila kita sibuk memuat naik perkongsian gambar atau video hingga boleh membuat orang lain marah.

“Hari-Hari Dia Tengok Benda Sama..” – Pekerja ‘Sound’ Pelanggan Gara-Gara Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Terbaharu, seorang wanita amyliana telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi peristiwa memalukan yang telah menimpa ke atas kawannya di sebuah restoran. Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Keluar beramai-ramai, dia dan kawan-kawan telah ke sebuah restoran steamboat untuk menikmati makanan dan minuman sambil berbual-bual. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama salah seorang kawannya di restoran sebegitu, dia jelas teruja dan sibuk mengambil gambar dan merakam video untuk dimuat naik di media sosialnya. Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Sibuk merakam, seorang pekerja yang menghidangkan makanan mereka tiba-tiba menegur kawannya itu, “Makan jelah dik!”. Terkejut, mereka terus tak berhenti ketawa sambil kawannya menutup muka, sedang menahan malu. Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

@amyliana

Sebuk nak ambik gambar , sampai kena sound dengan waiter “ makan jelaaahh dikk “ 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 #fyp #soe #foodtiktok

♬ original sound – Amy Liana

@amyliana Sebuk nak ambik gambar , sampai kena sound dengan waiter “ makan jelaaahh dikk “ 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 #fyp #soe #foodtiktok ♬ original sound – Amy Liana

Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat perkara itu turut berasa terhibur. Jelas Zayn_Yusoff, niat pekerja itu bukanlah untuk memarahi kawan wanita itu tapi mengarahkannya untuk cepat makanan.

Pekerja Bukan Nak Marah Tapi Mungkin Ajak Bergurau Sibuk Ambil Gambar Masa Makan

Walau apapun, niat pekerja itu mungkin bukan untuk mengejek tapi sekadar ingin bergurau dengan pelanggan.

Tapi semasa makan, jangan terlalu sibuk ambil gambar. Kasihan pula pada kawan-kawan dan pekerja restoran yang perlu menunggu anda. Nanti tak pasal-pasal pula anda dimarahi mereka. Malu sangat!

Kredit: amyliana

Baca Juga: Pelanggan Larikan Bekas Tupperware Lepas Borong Kuih, Peniaga Ini Takut Kena Marah Isteri

tags: | | |