Dalam dunia perniagaan, ada likunya. Tak semuanya indah, para peniaga tak mampu untuk memuaskan semua hati dan citarasa pelanggan tapi mereka perlu meniaga sebaik mungkin dan secara ikhlas. Dengan cara itu, barulah rezeki yang diperolehi akan menjadi lebih berkat.
Namun, ada juga beberapa peniaga yang memandang leka tentang hal itu. Tidak kisah mengenai makanan yang dimasak buat pelanggan dan hanya mengejar keuntungan, perkara itu membuat mana-mana pelanggan bengang kerana berasa sudah tertipu. Telah mengeluarkan wang untuk membeli, sudah tentu mereka menjangka apa yang dibeli adalah berbaloi dengan yang telah dibayar tapi jika ia sudah kotor, tak sedap malah basi, mereka tentu akan mengamuk.
Terbaharu, seorang wanita, cik_akmx, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewanya dengan kecuaian seorang peniaga yang telah memberinya nasi goreng basi.
Telah membeli di sebuah kedai makan yang berdekatan, wanita itu telah terkena apabila nasi goreng yang dibeli dari situ didapati telah berlendir dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Apabila diperiksa, rupanya nasi goreng itu didapati basi dan sudah tidak sesuai untuk dimakan.
Kecewa dengan hal itu, wanita itu berasa bengang pula dengan peniaga itu kerana telah menjualnya nasi goreng basi. Menurutnya, dia memahami mungkin para peniaga tersempit dengan keadaan ekonomi yang agak menyempit di mana kenaikan harga barang telah membebankan banyak pihak sehingga memaksa segelintir para peniaga mengambil jalan pintas atau berjimat cermat tapi janganlah sehingga memberi makanan yang rosak pula pada pelanggan!
Tambahnya pula, dengan kualiti makanan yang agak teruk, mungkin ini sebabnya kedai makan tersebut terpaksa memindahkan lokasinya selama 2 hingga 3 kali.
@kemacera Nak pergi kedai tu semula , jauh sngt dah blik rumah baru perasan🙂 patutlah 2-3 kali pindah tempat kedai tu rupanya emm🙂
@cik_akmxNak pergi kedai tu semula , jauh sngt dah blik rumah baru perasan🙂 patutlah 2-3 kali pindah tempat kedai tu rupanya emm🙂♬ original sound – Abe
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berasakan peniaga tidak bersalah dalam hal ini. Percaya peniaga telah terkena buatan orang dan disihir, ada juga yang nasihatkan wanita itu untuk memaklumkan hal itu pada peniaga tersebut supaya perkara yang lebih teruk dapat dielakkan.
Sesiapa sahaja akan berasa geli dan marah apabila makanan yang baru sahaja dibeli didapati basi dan rosak. Tapi peniaga juga manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan. Dari meluahkan di media sosial dengan begitu sahaja, adalah lebih baik jika pelanggan bersemuka dengan peniaga. Dengan cara ini, mereka dapat mengganti semula kerugian pelanggan dan membaiki kelemahan perniagaan mereka.
Kredit: TikTok cik_akmx