Sebut sahaja pasal Sushi King, siapa sahaja yang tak kenal? Ia sering menjadi pilihan ramai bagi penggemar aneka sushi dan makanan Jepun. Selain mempunyai kad ahli, restoran itu juga mempunyai promo istimewa iaitu Sushi Bonanza. Ketika itu, orang ramai akan berebut-rebut untuk mendapatkan sushi dengan harga yang murah.
Perkara itu menjadikan mana-mana cawangan Sushi King sesak dengan pelanggan. Jenis sushi yang mahal sering direbut dan hal itu menyebabkan pelanggan lain tak sempat untuk mendapatkannya. Oleh itu, tentu ada yang akan berasa tidak puas hati.
Pengalaman tersebut di sebuah cawangan Sushi King telah dikongsikan oleh seorang lelaki, jackrandoms. Ikuti perkongsiannya di bawah.
Sempena promo Bonanza yang berlangsung di Sushi King, seorang lelaki bersama kawannya telah ke sana untuk menikmati beberapa sushi dengan harga yang murah.
Namun memandangkan ia penuh dengan pelanggan lain yang turut berebut mendapatkan sushi kegemaran ramai, iaitu Shrimp Tempura Sushi, lelaki itu tidak sempat untuk menikmatinya.
Tambahan sikap pelanggan lain yang kelihatan agak gopoh menyebabkan mereka yang ditempatkan di meja hujung hanya sempat menikmati sushi yang biasa-biasa sahaja.
https://www.tiktok.com/@jackrandoms/video/7101268445932637467?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@jackrandomsbonanza more to bontotsia 😭♬ original sound – sadboi
Menjengah di ruangan komen pula, seorang pengguna, Hun menasihatkan lelaki itu untuk memesan sushi menerusi Ipad yang telah disediakan oleh pihak restoran bagi mengelakkan diri dari terlepas menikmati sushi kesukaannya.
Dari berebut, lebih baik pesan terus dari dapur dan dihantar terus ke meja. Tak perlu berebut dari conveyor belt sushi yang ada di restoran. Perkara ini juga disokong oleh pengguna lain, AMISYUAZ dan Alin.
Hmm, baru sahaja beria nak menikmati kesukaan tapi tak sempat. Semuanya sebab ada seglintir pelanggan yang terlalu gopoh dan tidak memikirkan orang lain.
Justeru, lebih baik menggunakan Ipad yang disediakan bagi mengelakkan dari berebut dengan pelanggan lain. Lebih mudah dan tak sakit hati!
Kredit: jackrandoms