Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Tak Turun..” Pelanggan Cuba Cara Unik Untuk Mengambil Order Dari Rider, Kreatif & Berguna

“Dia Tak Turun..” Pelanggan Cuba Cara Unik Untuk Mengambil Order Dari Rider, Kreatif & Berguna

Kategori:
MENGAMBIL-ORDER

Pekerjaan sebagai seorang food rider tidaklah semudah seperti yang disangka. Selain dari berdepan dengan risiko yang tinggi bila bertugas, mereka juga perlu melayani kerenah pelanggan dan peniaga. Kadang-kadang, mereka sering dijadikan mangsa prank order!

Sewajarnya kita memudahkan urusan mereka ketika mencari rezeki. Bagi anda yang tinggal di bangunan yang tinggi dan perlu menaiki tangga, seharusnya anda sentiasa bersedia untuk mengambil order di aras bawah. Namun, ada juga yang berdegil dan tidak mahu turun sehingga memaksa para rider untuk keatas. Bagi memudahkan diri anda dan rider, mungkin boleh cuba cara lain.

Pelanggan Cuba Cara Unik Untuk Mengambil Order

Di laman TikTok, seorang pengguna, anasmansor99, memuat naik sebuah video dan berkongsi cara unik yang telah digunakan oleh seorang pelanggan untuk mengambil order.

Berada di tingkat 3 iaitu aras paling tinggi di perumahan tersebut, pelanggan itu tidak mahu menuruni tangga untuk mengambil pesanannya. Memahami, lelaki itu menawarkan diri untuk menghantarkan pesanan hingga ke pintu. Namun, pelanggan itu menolak.

Hairan, lelaki itu terkejut apabila pelanggan tersebut menurunkan sebuah baldi yang telah diikat dengan tali. Lelaki itu terus meletakkan pesanan pelanggan tersebut ke dalam baldi itu untuk dinaikkan.

Mudah, cara itu amat berkesan dan menyenangkan buat kedua-dua pihak.

@anasmansor99Jauhi covid, dekati saya 🤭 ##foodpandamalaysia♬ original sound – Abang Panda

Kreatif Betul Cara Dia

Menjengah di ruangan komen, cara unik pelanggan tersebut membuat orang ramai berasa terhibur bila dilihat. Walaupun lain, ia jelas sangat kreatif dan boleh diamalkan bagi mereka yang tinggal di aras atas untuk mengambil pesanan. MENGAMBIL-ORDER

Bagusnya bila kita berfikir di luar kotak. Tak nak turun tak mengapa, yang penting memudahkan urusan orang lain juga. Cara ini memang berkesan dan kedua-dua pihak tidak kepenatan untuk menaiki dan menuruni tangga.

Menarik cara ini, kan? Anda pun boleh lah cuba.

Kredit: TikTok anasmansor99

Baca Juga: Rider Foodpanda & Lalamove Selamatkan Kucing Jalanan Ketika Banjir, Warganet Puji Tindakan Mulia Itu

tags: |