Dengan adanya pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan terus ke lokasi pelanggan seperti GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood dan sebagainya, orang ramai boleh memesan makanan dengan mudah tanpa perlu keluar dari rumah.
Pelanggan hanya perlu memesan makanan dan minuman menggunakan aplikasi pilihan mereka, lalu ia dihantar oleh rider yang ditugaskan. Nampak mudah sahaja, bukan?
Tapi bila berada di jalan raya, pelbagai hal-hal yang tidak diduga boleh menimpa pada para rider dan boleh juga menjejaskan pesanan pelanggan dan menyebabkan mereka berasa tidak puas hati.
Gara-gara lapar dan mungkin tidak berapa rajin untuk ke dapur dan memasak, seorang wanita cik_pian telah memutuskan untuk memesan hidangan spaghetti menerusi aplikasi penghantaran makanan.
Namun sejurus pesanannya tiba, wanita itu terkejut apabila melihat spaghettinya sedikit tertumpah. Mungkin rider cuai, dia bagaimanapun tidak terlalu mengeluh dan rela makan dari plastik gara-gara hidangan itu terlalu sedap.
Perkara itu jelas mengecewakannya bagaimanapun wanita itu tidak terlalu mengadu mengenai perkara yang berlaku, mungkin memaafkan kesilapan kecil dari rider tersebut.
@cik_pian♬ Kopi Dangdut (Cover) – aisekk🦋
Walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sangat mengecewakan jika terjadi ke atas mana-mana pelanggan tapi janganlah pula kita cepat menyalahkan pihak rider juga yang sering berada di atas jalan raya.
Keadaan jalan raya yang sesak dan rosak mungkin mengakibatkan perkara tersebut. Malah, cara dan bekas pembungkusan yang tidak sesuai oleh pihak peniaga turut perlu diambil kira.
Oleh itu, janganlah mudah kita menyalahkan satu pihak dan menjadikan perkara yang terjadi satu pengajaran buat semua untuk lebih berhati-hati ketika melakukan kerja.
Jika kita semua sama-sama mainkan peranan, sudah tentu hal ini dapat dielakkan.
Kredit: cik_pian
Baca Juga: Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Tapi Tak Dapat Banyak Sambutan, Akhirnya Peniaga Ini..